Sunday, December 27, 2009

EpiLoG SiLaM..(8)

Dalam mengenang kisah hidup silam..
Ku sedar dari kesilapan lalu..

Tuhan..
beratnya dosa-dosaku..
Masihkah ada ampunan buatku..

Tuhan..
Dalam menempuh hidup ini..
Banyaknya dugaan datang menguji..

Tuhan..
Ada yang dapat ku gagahi..
dan ada yang gagal ku hindari..

Tuhan..
Dosaku menggunung tinggi..
tapi taubatku tak ku tepati..

Tuhan..
rahmatMu melangit luas..
terlalu sedikit ku bersyukur..

Kini ku kembali pada Mu ..
mengharap maghfirah dari Mu..
Moga kan terampunlah dosa-dosaku..

Biarpun ujian melanda..
Ku tetap berkasih padaMu..
kerna ku yakin..
kasihMu kekal tiada sudahnya....

MuHaSaBaH CiNta..(7)

Wahai pemilik nyawaku..
betapa lemah diriku ini..
berat ujian dariMu..
ku pasrahkan semua padaMu..

Tuhan,baru ku sedar..
indah nikmat sehari itu..
tak pandai aku bersyukur..
kini ku harapkan cintaMu..

Kata-kata cinta terucap indah..
mengalir berzikir di kidung doa ku..
sakit yang ku rasa..
biar jadi penawar dosaku..

Butir-butir cinta air mataku..
teringat semua yang Kau beri untukku..
ampuni khilaf dan salah..
selama ini,ya Ilahi..
muhasabah cintaku....

Tuhan kuatkan aku..
lindungi aku dari putus asa..
jika ku harus mati..
pertemukan aku denganMu..

BiLaKaN dAmAi..(6)

Mentari menangis di senja memerah..
bumi anbia menjadi padang jarak..
runtuhan berserakan..
hanyir darah menyesak dada..

Tubuh layu gugur bergelimpangan..
tindih dalam kubur tanpa bernisan..
di hujung sana berjuta kelaparan..
didera wabak yang menyeksakan..

anak kecil bertanyakan bimbang..
mengapa lena ibu terlalu panjang..
wajahnya cerminkan kedukaan..
bilakah pula ayah kan pulang..
dia yang tak mengerti apa..
menjadi mangsa..
suara tangis syair sendu..
menghiris kalbu..
bilakan berhenti kekejaman..??
bilakan terhapus penindasan..??

ke mana hilangnya kemanusiaan..
sampai bila bersilih penderitaan..
bila pula kan muncul kedamaian..
soalan yang masih tiada jawapan....

Ku dAmBa kEaMpUnAn..(5)

apabila daku terkenangkan janjiMu..
terasa gerunnya di hatiku..
betapa fakirnya fitrahku padaMu..
betapa jauhnya diriku dariMu..

sepanjang ku dibuai mimpi..
telah ku lupakan janjiMu oh Ilahi..
ya Allah sedarkanlah aku..

oh Tuhan kini ku telah jaga..
janjiMu x kan mungkir..
pada hamba yang ingkar..
kini ku tidak akan terlepas..
resahku makin menekan..
insafku kian meningkat..

apakah masih tersisakan titisan rahmat..
moga diriku dikurniakan berkat..
tidak tertahan diriku ya Allah..
menanggung azab seksaanMu..
tidak sanggup merasa diriku Ya Allah..
menanggung kemurkaanMu..

Thursday, November 26, 2009

MuNaJaT sEoRaNg HamBa..(4)


Di kala malam sunyi sepi..

bani insan tenggelam dalam mimpi..

musafir yang malang ini pergi membasuh diri..

untuk menghadapMu Oh Tuhan..

lemah lutut ku berdiri..

di hadapanMu tangisanku keharuan..

hamba yang lemah serta hina..

engkau terima jua mendekati..

bersimpuh di bawah Duli KebesaranMu..

Tuhan hamba belum pasti..

bagaimana penerimaanMu di kala mendengar pengaduanku..

ku yakin Kau x mungkiri..

dalam wahyu yang kau nuzulkan..

Kau berjanji menerima pengaduanku..

dan Kau berjanji sudi mengampunkanku..

dari segala dosa yang ku lakukan..

ampunanMu Tuhan lebih besar dari kesalahan insan..

hamba yakin pada keampunanMu Tuhan..

bukan tidak redha dengan ujian..

cuma hendak mengadu padaMu..

tempat hamba kembali nanti di sana..


cAhAya iMaN..(3)


iman bagaikan emas permata..

letaknya di dalam jiwa..

kemilau warnanya bak cahaya..

menyuluh hidup seluruh manusia..

iman letaknya di hati..

bukalah dengan ilmu..

jai'nya dengan zikrullah..

dia menunjukkan kita jalan diredhai Allah..

imanlah harta yang paling berharga..

iman punya yang Esa..

tanpa mengira bangsa dan rupa..

memberi petunjuk ke jalan mulia..

menjadi benteng penghalang dosa..

orang yg teguh iman..

sabar dengan ujian..

di akhirat kelak..

dia insan yang mulia..
p/s : sekali Allah ketuk pintu hati,sambutlah ia..
x selamanya Allah ketuk pintu hati kita..
inshaAllah Allah akan ketuk lagi suatu hari nanti.. tapi kita x pasti bila..
n adakah kita masih sempat..??wallahualam....


taubat seorang hamba..(2)



Telah aku merasakan..

gelisah jiwa dan perasaan..


kerna hilang dari jalan..

menuju redhaMu Ya Tuhan..


ku akui kelemahan diri..


ku insafi kekurangan ini..


ku kesali kejahilan ini..


terimalah,terimalah,terimalah taubatku ini..

di hamparan ini ku meminta..

moga taubatku diterima..

p/s: bertaubat..bersangka baik pada Allah..

yakin Allah Maha Pengampun..Dia akan sentiasa mengampuni dosa hamba2nya x kira seteruk mana pon dosa kita padaNya..

al-kisah seorang penzina pada zaman Rasulullah s.a.w..Penzina perempuan datang berjumpa Rasulullah untk dijatuhkan baginya hukuman sebat 100 kali..tapi Rasulullah suruh tunggu dulu sehingga anak dalam kandungannya dilahirkan..Setelah anak itu dilahirkan,dia datang lagi jumpa Rasulullah untk disebat..Tapi Rasulullah kata,tunggu sehingga anak itu membesar sehingga tamat tempoh disusukan ibunya..Setelah anak itu berumur 2 tahun++,penzina tu datang lagi berjumpa Rasulullah untk dijatuhkan hukuman dan kali ini,hukuman sebat dijatuhkan..Darah dari tubuh perempuan itu terpercik kepada sahabat2 yg menyaksikan peristiwan sebatan itu..sahabat2 merasa jijik dan menepis darah2 yg terpercik..

Rasulullah lalu bersabda yang berbunyi "usahlah kalian merasa jijik dgn darah penzina ini.sesungguhnya darah itu adalah wangian syurga.."

Lihatlah sahabat sahibah sekalian,bahawasanya Allah menjanjikan pengampunan waima kepada hambaNya yg berzina..betapa luasnya pengampunan Allah..renungkan,betapa sempitnya dan kecilnya keinsafan kita.......wallahua'lam









Wednesday, November 25, 2009

bantu aku jelaskan persoalan ni plz~~

cuba korang bacer kisah ni n jelaskan kat aku..mcamana yg dikatakan ikhlas tuh??
n cmana kita nak taw ibadat kita ikhlas or tak??
sumer org sebok ckap beribadat kena ikhlas kerana Allah..yes,aku yakin benda tu..
tp bila ditanya cmana ikhlas tuh,sumer jwb ikhlas tu dari hati..
yes,dari hati..tp cmana nak taw dari hati plak??
wallahualam......arghhhhh,buntu~~

I'LMU IKHLAS"“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni”
“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu.” Kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”“Belum!...... .Isi sampai penuh karung guni itu.”
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.
“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”
“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”
“Ya,ya.” Kata si murid, agak keletihan.
“Banyak beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.
“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.” Kata seseorang.
“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot,” Kata yang lain pula.
Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”
“Tak buat apa-apa”
“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid itu.
“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”
“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.
“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”
“Dengan memikul batu-batu ini?” “
Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riya'. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetap hanya batu-batu.”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?
“Ya, hanya berat sahaja ditanggung.
Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat sahaja! “Alhamdulillah, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat. Marilah bersihkan hati dari sifat mazmumah,agar ianya putih jernih dan menjadi hati yang sejahtera(tenang) . Bera'mallah semata-mata kerana Allah. ALLAH SAYANG>

ayah..(1)


tika berjauhan..
masih terasa..
hangat kasihmu ayah..
betapa ku rindukan..
redup wajahmu hadir menemaniku..
terbayang ketenangan..
yang selalu kau pamerkan..
bagaikan tiada keresahan..
walau hatimu sering terluka..
tika diriku terlanjur kata..
tak pernah sekali kau tinggalkan..
diriku sendirian..
ketika ku dalam kedukaan..
kau menatap penuh pengertian..
di saat diriku kehampaan..
kau setia mengajarku erti kekuatan..
terpancar kebanggaan dalam senyummu..
melihat ku berjaya..
bila ku kegagalan..
tak kau biarkan aku terus kecewa..
dengan kata azimat..
kau nyalakan semangat..
restu dan doa kau iringkan....

**sesungguhnya memang betol seperti apa yg dikatakan kat atas..serius!!
contoh time aku dapat result..upsr,pmr,spm,msu(walaupun x 4 flat..huhu)..
suma aku memg nampak sgt ah muka abah yg hepi..senyum abah smpai ke telinga..
hurm..memg aku x pernah gi gagal dlm exam..
tp tgk akak aku kena repeat paper medik year 1..memg abah sntiasa bg smangat ar..n aku yakin,abah akan sntiasa support aku even kalo aku gagal..hurm....sdeh..........pilu...........

Saturday, October 24, 2009

busy or kaya??

salam alaik..
alhamdulillah hujung minggu nih gi balik umah abe kat temerloh..
nak relax2 sket sebelum final exam..huhu
w0w!! i've got to see a real life of a doctor..
hurm..wat can i say..
extremely busy....

money??yeah..memang kaya abe walaupun baru setahun keja..
bleh blanja aku gi makan makanan paling mahal kat secret recipe..
bout rm30++ aku sorang ja makan..huhu

hurm..tu ar..hidup ni x semua benda kita bleh dpat..
abg ckap,dia sanggup tukar segunung emas dengan sehari cuti..
hurm..betapa kita amat merindui waktu lapang tatkala sibuk..

benar lah sabda junjungan,ingatlah masa lapang sebelum datangnya masa sempit..
dan ingatlah masa senang sebelum datangnya masa susah....
wallahua'lam..

Wednesday, October 21, 2009

krisis dalaman..

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

Hidup ni ibarat putaran roda...
kadang2 di atas,kadang2 di bawah..
sahabat yang baik adalah sahabat yang saling mengingati dengan kebenaran..
alhamdulillah aku bersyukur punya teman yg saling menasihati tatkala aku jatuh,jauh dr redha yg Esa..alhamdulillah (1000x)
sebab aku insan lemah,jarang kita nampak kelemahan kita melainkan ada yg tegur..
kalo tengok salah org lain pandai plak..astaghfirullah..
kalo yg pandai muhasabah diri,memang tabik spring ah..(yg pasti aku x pandai)

dlm usaha saling mengingati dgn kebenaran,bnyak respons aku terima..
ada yg mudah melenting..x kurang juga yg menerima dgn baik..

aku da kisah..kisah kolej..yg buat aku tersedar betapa hinanya diri aku..
pernah sekali aku tegur seorang sahabat(walau pada pandangan aku,dia mcm perfect ah...alim,kuat tarbiyah,imam n bla3...)
tapi,aku x sedap hati dgr ada yg mempertikaikan kebaikan dia..katanya,"apa kes si dia alim kalau hubungan dgn gurl x trjaga..'" hurm...i kept thinking bout dat..mungkinkah suma tu fitnah semata-mata?wallahualam..
bg aku,suma orang da kekurangan masing2..

n yg membuatkan aku insaf ialah....aku rasa nak tegur sbab sahabat ni dah bnyak tegur aku,beri aku pemahaman dakwah...so,aku rasa..dis is my turn to help him..mungkin suma tu fitnah,tp aku fikir,x salah kalau aku jus ingat-mengingati..xda rugi pon kan..
bila aku cuba tegur(walau diri aku sendiri hina),dia terima dgn baik...subhanallah!!
malah,sampai ucap terima kasih atas ingatan..masha Allah..

sebak rasa..aku sendiri pun belum tentu boleh terima dgn baik,dgn ikhlas kalau ditegur sebegitu..
mungkin ker aku akan melenting bila ditegur??marah??balas balik??nauzubillah..
""Ya Allah..berilah aku kefahaman islam sebagaimana yg kau berikan pada hambaMU itu.....""

a comment from my mom..
"biasa lah,kakcik(me)..orang alim,orang yang soleh sentiasa mudah menerima kebaikan..jumpa ja kebaikan,terus diamalkan.."

ya Allah..lagi la aku insaf bila muhasabah diri balik..aku ni kalau org tegur pon,bukan terus senang aku nak terima..jenuh pikiaq dulu..huhu

so,marilah kita saling mengingati dengan kebenaran..supaya mudah kita memuhasabah diri....bukan nak lawan sapa bagus,tapi nak lawan,jom baguskan diri!!

Thursday, September 17, 2009

bagaimana PERGAULAN kita..??

SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT..
so,rasanya x salah kalau aku copy artikel ni dari web haluansiswa..
sekadar nak berkongsi pa yg aku dapat..
bagus web nih,gi ah ziarah..huhu
inshaAllah banyak pengisian..
hurm..
tertarik dengan artikel ni sebenarnya..
sebab baru2 ni my mom n my sis da tegur..
x kira pa pon tujuan kita..
berjihad,belajar, hatta berdakwah sekalipun..
pergaulan laki dan pompuan wajib dipelihara..
kekadang bila kita tetapkan niat untuk berdakwah,kdg2 kita terlepas pandang akan batas2 ni..
bloggers2 pon kdg2 terlupa..
so,sama2 kita saling mengingati k..
so,semoga dgn zikr kali ini,dapat mengingatkan aku n semua pembaca inshaAllah..

Pergaulan Kita?
Sunday, 06 September 2009 09:10 Amnani

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka
ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Facebook dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja. Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah. Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam. Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya. Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan mahram malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)." Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian.

Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan mahram:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki laptop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan mahram gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan mahram kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to" melainkan dengan kaum sejenis, “make eye contact” teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukkan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.
"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

Sumber: Laman web sahabat.Last Updated ( Sunday, 06 September 2009 14:16 )

Tuesday, August 25, 2009

sHiFt uR PaRaDiGm..




sedarlah dari mimpi..


jagalah dari lena..


celiklah dari kegelapan..


bangunlah dari pembaringan..


bangkitlah..


berjuanglah..



"sesiapa yg membantu agama Allah,nescaya Allah akan membantunya...."



“Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu (1)sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan (2)dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ( Riwayat At-Tirmidzi)”

RiSaUkaN JoDoH..??

Beramallah dan berubahlah hanya untuk mencari keredhaan Allah..kerana hanya dgn redhaNya,yg akan membawa kita ke syurgaNya..

bukan dgn niat utk mndapat calon suami/isteri yg soleh..

kerana apabila Allah kurniakan kita pasangan,He knows best!!

x semesti bila dapat suami soleh,itu yg terbaik untk kita..dan jika sebaliknya..

sedangkan Allah lebih2 mengetahui apa yg trbaik utk hambaNya..

segala apa yg kita wat,brgantung pd niat kita..

Dari Umar r.a.,Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

"Bhawasanya sgala amal perbuatan itu brgantung pd niat, dan bagi tiap2 org apa yg ia niatkan.Maka......barangsiapa yg niat hijrahnya menuju Allah & RasulNya,maka nila & pahala hijrahnya menuju kpd Allah & RasulNya....Barangsiapa yg NIAT HIJRAHNYA kerana dunia atau KERANA SEORANG WANITA YG AKAN DIKAHWININYA, maka nilai & pahala hijrahnya adalah ke arah yg ditujunya."

tapi,x pula aku nafikan bahawa jodoh itu penting utk membimbing kita(trutama kaum nisa')..

seblum ni,aku risau gak..cmana agaknya suami aku nanti..baik ker,soleh ke,beriman ker..huhu;p

watever it is,from now on,usah risau..

yakinlah akan janji Allah..

"wanita yg baik adalah untuk laki2 yg baik...."

alhamdulillah,27 Ogos 2009 aku bagi sket motivation slot kat adik2 junior MJSC Head Limit..thanx 4 de one who created dis meaningful slide show.. semoga pesanan yg dititipkan mnjadi pegangan hidup adik2 sekalian..inshaAllah~~

if i fail,i wud try again,again,and again..

The challenges in our life is there to STRENGTHEN our CONVICTIONS..

It matters how u r going to finish..

R u going to finish strong??

____________________________________________________

If i fail,i wud try again,again and again..

if u fail,wud u try again..??

alhamdulillah..everything starts with ABC..

hurm..
ntah napa tetiba terbukak hati nak stat tulih blog..
sesapa yg dah qatam bab2 blog nih,bleh ar bagi tnjuk ajaq..
kejahilan ini mencabarku....
xkan menikam hingga bisanya ku sengat..inshaAllah~~