Thursday, November 26, 2009

MuNaJaT sEoRaNg HamBa..(4)


Di kala malam sunyi sepi..

bani insan tenggelam dalam mimpi..

musafir yang malang ini pergi membasuh diri..

untuk menghadapMu Oh Tuhan..

lemah lutut ku berdiri..

di hadapanMu tangisanku keharuan..

hamba yang lemah serta hina..

engkau terima jua mendekati..

bersimpuh di bawah Duli KebesaranMu..

Tuhan hamba belum pasti..

bagaimana penerimaanMu di kala mendengar pengaduanku..

ku yakin Kau x mungkiri..

dalam wahyu yang kau nuzulkan..

Kau berjanji menerima pengaduanku..

dan Kau berjanji sudi mengampunkanku..

dari segala dosa yang ku lakukan..

ampunanMu Tuhan lebih besar dari kesalahan insan..

hamba yakin pada keampunanMu Tuhan..

bukan tidak redha dengan ujian..

cuma hendak mengadu padaMu..

tempat hamba kembali nanti di sana..


cAhAya iMaN..(3)


iman bagaikan emas permata..

letaknya di dalam jiwa..

kemilau warnanya bak cahaya..

menyuluh hidup seluruh manusia..

iman letaknya di hati..

bukalah dengan ilmu..

jai'nya dengan zikrullah..

dia menunjukkan kita jalan diredhai Allah..

imanlah harta yang paling berharga..

iman punya yang Esa..

tanpa mengira bangsa dan rupa..

memberi petunjuk ke jalan mulia..

menjadi benteng penghalang dosa..

orang yg teguh iman..

sabar dengan ujian..

di akhirat kelak..

dia insan yang mulia..
p/s : sekali Allah ketuk pintu hati,sambutlah ia..
x selamanya Allah ketuk pintu hati kita..
inshaAllah Allah akan ketuk lagi suatu hari nanti.. tapi kita x pasti bila..
n adakah kita masih sempat..??wallahualam....


taubat seorang hamba..(2)



Telah aku merasakan..

gelisah jiwa dan perasaan..


kerna hilang dari jalan..

menuju redhaMu Ya Tuhan..


ku akui kelemahan diri..


ku insafi kekurangan ini..


ku kesali kejahilan ini..


terimalah,terimalah,terimalah taubatku ini..

di hamparan ini ku meminta..

moga taubatku diterima..

p/s: bertaubat..bersangka baik pada Allah..

yakin Allah Maha Pengampun..Dia akan sentiasa mengampuni dosa hamba2nya x kira seteruk mana pon dosa kita padaNya..

al-kisah seorang penzina pada zaman Rasulullah s.a.w..Penzina perempuan datang berjumpa Rasulullah untk dijatuhkan baginya hukuman sebat 100 kali..tapi Rasulullah suruh tunggu dulu sehingga anak dalam kandungannya dilahirkan..Setelah anak itu dilahirkan,dia datang lagi jumpa Rasulullah untk disebat..Tapi Rasulullah kata,tunggu sehingga anak itu membesar sehingga tamat tempoh disusukan ibunya..Setelah anak itu berumur 2 tahun++,penzina tu datang lagi berjumpa Rasulullah untk dijatuhkan hukuman dan kali ini,hukuman sebat dijatuhkan..Darah dari tubuh perempuan itu terpercik kepada sahabat2 yg menyaksikan peristiwan sebatan itu..sahabat2 merasa jijik dan menepis darah2 yg terpercik..

Rasulullah lalu bersabda yang berbunyi "usahlah kalian merasa jijik dgn darah penzina ini.sesungguhnya darah itu adalah wangian syurga.."

Lihatlah sahabat sahibah sekalian,bahawasanya Allah menjanjikan pengampunan waima kepada hambaNya yg berzina..betapa luasnya pengampunan Allah..renungkan,betapa sempitnya dan kecilnya keinsafan kita.......wallahua'lam









Wednesday, November 25, 2009

bantu aku jelaskan persoalan ni plz~~

cuba korang bacer kisah ni n jelaskan kat aku..mcamana yg dikatakan ikhlas tuh??
n cmana kita nak taw ibadat kita ikhlas or tak??
sumer org sebok ckap beribadat kena ikhlas kerana Allah..yes,aku yakin benda tu..
tp bila ditanya cmana ikhlas tuh,sumer jwb ikhlas tu dari hati..
yes,dari hati..tp cmana nak taw dari hati plak??
wallahualam......arghhhhh,buntu~~

I'LMU IKHLAS"“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni”
“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu.” Kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”“Belum!...... .Isi sampai penuh karung guni itu.”
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.
“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”
“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”
“Ya,ya.” Kata si murid, agak keletihan.
“Banyak beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.
“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.” Kata seseorang.
“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot,” Kata yang lain pula.
Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”
“Tak buat apa-apa”
“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid itu.
“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”
“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.
“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”
“Dengan memikul batu-batu ini?” “
Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riya'. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetap hanya batu-batu.”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?
“Ya, hanya berat sahaja ditanggung.
Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat sahaja! “Alhamdulillah, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat. Marilah bersihkan hati dari sifat mazmumah,agar ianya putih jernih dan menjadi hati yang sejahtera(tenang) . Bera'mallah semata-mata kerana Allah. ALLAH SAYANG>

ayah..(1)


tika berjauhan..
masih terasa..
hangat kasihmu ayah..
betapa ku rindukan..
redup wajahmu hadir menemaniku..
terbayang ketenangan..
yang selalu kau pamerkan..
bagaikan tiada keresahan..
walau hatimu sering terluka..
tika diriku terlanjur kata..
tak pernah sekali kau tinggalkan..
diriku sendirian..
ketika ku dalam kedukaan..
kau menatap penuh pengertian..
di saat diriku kehampaan..
kau setia mengajarku erti kekuatan..
terpancar kebanggaan dalam senyummu..
melihat ku berjaya..
bila ku kegagalan..
tak kau biarkan aku terus kecewa..
dengan kata azimat..
kau nyalakan semangat..
restu dan doa kau iringkan....

**sesungguhnya memang betol seperti apa yg dikatakan kat atas..serius!!
contoh time aku dapat result..upsr,pmr,spm,msu(walaupun x 4 flat..huhu)..
suma aku memg nampak sgt ah muka abah yg hepi..senyum abah smpai ke telinga..
hurm..memg aku x pernah gi gagal dlm exam..
tp tgk akak aku kena repeat paper medik year 1..memg abah sntiasa bg smangat ar..n aku yakin,abah akan sntiasa support aku even kalo aku gagal..hurm....sdeh..........pilu...........