Saturday, January 30, 2010

ketika akal dan dalil syar'ie bertentangan....

Ketika Akal dan Dalil Syar’i Bertentangan

Jika kita sudah mengetahui bahawa akal tidaklah boleh berfungsi kecuali dengan adanya penerang daripada Al Qur’an dan As Sunnah, maka tentu saja akal yang benar tidaklah mungkin bertentangan dengan dalil syar’i. Jika bertentangan, maka akal yang patut dipersoalkan dan dalil syar’i lah yang patut dimenangkan. Kami dapat memberikan penerangan tentang akal dan dalil syar’i sebagai berikut.
Ada orang awam ingin bertanya suatu hal kepada seorang ulama. Akhirnya dia dibantu oleh Ahmad. Ahmad pun menunjukkan orang awam tadi pada ulama tersebut. Dalam suatu masalah, Ahmad menyelisihi pendapat ulama tadi. Lalu Ahmad mengatakan pada orang awam tadi, “
Aku yang telah membawa engkau kepada ulama tersebut, semestinya engkau mengambil pendapatku bukan pendapat ulama tadi.” Tentu saja orang awam tadi akan mengatakan, “Engkau memang yang telah mmbawakan aku kepada ulama tadi. Engkau menyuruhku untuk mengikuti ulama tadi, namun bukan untuk mengikuti pendapatmu. Jika aku mengikuti petunjukmu bahawa ulama tadi adalah tempat untuk bertanya, hal ini bukan bererti aku mesti mengikuti engkau dalam setiap yang engkau katakan. Jika engkau keliru dan menyelisihi ulama tadi padahal dia lebih berilmu darimu, maka kekeliruanmu pada saat ini tidaklah membuat cacat tentang keilmuanmu bahawa dia adalah ulama.

Ini adalah permisalan dengan seorang ulama yang mungkin saja salah. Lalu bagaimanakah jika pada posisi ulama tersebut adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang tidak mungkin keliru di dalam penyampaian berita daripada Allah?

Daripada penerangan ini, akal dimisalkan dengan si Ahmad yang menjadi petunjuk kepada ulama tadi. Sedangkan ulama tersebut adalah analogi kepada dalil syar’i. Inilah sikap yang mesti kita miliki tatkala kita menemui bahawa akal ternyata bertentangan dengan dalil syar’i. Sikap yang benar ketika itu adalah seseorang mendahulukan dalil syar’i daripada logik. Sebagaimana kita mendahulukan ulama tadi dari si Ahmad sebagai petunjuk jalan. Jika dalil syar’i bertentangan dengan akal, maka dalil lah yang mesti didahulukan. Namun hal ini tidak membuat akal itu cacat kerana dia telah menunjukkan kepada dalil syar’i.
Inilah yang diakini oleh Ahlus Sunnah wal Jama’ah, iaitu jika akal bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah, maka dalil syar’i lebih mesti kita dahulukan daripada akal.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan:
“Jika seseorang mengetahui dengan akalnya bahawa ini adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian ada berita dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, namun ternyata berita tersebut menyelisihi akal. Pada saat ini, akal mesti pasrah dan patuh. Akal mesti menyelesaikan perselisihan ini dengan menyerahkan kepada orang yang lebih tahu daripadanya iaitu daripada berita Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Pada saat ini, akal tidaklah boleh
mendahulukan hasil pemikirannya daripada berita Rasul. Ini kerana sebagaimana diketahui bahawa akal manusia itu memiliki kekurangan dibandingkan dengan berita Rasul. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentu saja lebih mengerti mengenai Allah Ta’ala, nama dan sifat-sifat-Nya, serta lebih mengetahui tenttang berita hari akhir daripada akal.” (Dar-ut Ta’arudh, 1/80)

Friday, January 29, 2010

pendapat nik aziz berhubung penggunaan kalimah Allah..

KOTA BARU, Jan 6 — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan polemik membabitkan penyokong parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak Khamis lalu berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" bagaikan adanya muslihat di sebalik tindakan mereka.

Sehubungan itu kata beliau, kekeliruan yang wujud berhubung isu tersebut sebenarnya berpunca daripada fahaman "politik suku agama suku."

“Sehari dua ini timbul pasal kalimah ‘Allah’, Kristian boleh guna atau tidak. Dalam surat khabar bermacam-macam melaporkan mengenainya. Apa benda ni?

“Ambo (saya) rasa isu ini bukan sahaja setakat ada udang di sebalik batu, bahkan bekali (mungkin) ada buaya,” kata beliau sewaktu menyampaikan ceramah umumnya di Medan Ilmu malam tadi.

Kini tercetus kontroversi penggunaan kalimah "Allah" ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaannya dalam penerbitan akhbar mingguan Herald.

Menteri Besar Kelantan ini berkata beliau hairan kumpulan yang mengkritik penggunaan kalimah “Allah” daripada digunakan oleh agama lain adalah dari kumpulan yang selama ini membezakan politik suku agama suku.

“Yang beriya-iya sangat panaskan perkara ini... faham ke kamu apa itu Allah?

"Bukankah Allah itu adalah tukang yang buat segala-gala. Buat manusia, berbagai kaum berbagai bangsa, berbagai agama. Buat oksigen, hidrogen dan lain-lain.

“Orang yang perbesar-besarkan isu ini adalah orang yang duk katakan agama suku politik suku lah.

"Siapa ajar ilmu semacam ini? Dia ajar orang lain tak boleh guna kalimah ‘Allah’ tapi dalam masa sama dia sebut agama suku politik suku. Tak faham pengertian kalimah Allah agaknya,” ujarnya.

Ahad lalu Nik Aziz membuat kenyataan penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald mengikut pengamal agama samawi tidak menjadi kesalahan.

Namun apa yang membimbangkan masyarakat ialah jika kalimah ini disalahgunakan.

Kelmarin PAS mengeluarkan pendirian rasminya dengan menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dibenarkan untuk digunakan agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun,Pas menegaskan penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Allah sudah terlebih dahulu menerangkan pada kita..

Ahlan Wa Sahlan

Maka berkatalah ALLAH bahawa orang-orang Yahudi itu mengatakan : " orang Yahudi berkata bahawa 'Uzair itu anak ALLAH dan berkatalah orang Nasrani bahawa "Isa anak Maryam anak ALLAH ertinya Allah sendiri yang mengatakan bahawa orang Yahudi berkata 'Uzair anak ALLAH dan Isa anak Maryam anak ALLAH, Allah maha mengetahu bahawa dua bangsa itulah yang mengatakan demikian

Maksud firman Allah di atas golongan Yahudi dan Nasrani sudah tahu siapa Tuhan mereka, iaitu ALLAH dan dua bangsa ini sudah ujud dan bertuhankan ALLAH dan ketika mana orang melayu atau orang-orang di rumpun melayu pada ketika itu masih bercawat dan tidak faham tentang Tuhan itu adalah ALLAH

Hari ini orang melayu cuba nak tahan orang lain gunakan perkataan ALLAH kerana takut mereka mempengaruhi orang melayu masuk agama kristian, siapa orang melayu nak tahan orang lain gunakan perkataan ALLAH ? Sedangkan ALLAH sendiri menyatakan bahawa orang Yahudi dan Nasrani itu telah mengenal tuhan mereka bernama ALLAH sebab itu ALLAH menyatakan bahawa merka mengatakan 'Uzair itu anak ALLAH dan ISA itu anak ALLAH

Sebenarnya UMNO atau orang melayu nak tutup kejahilan mereka kerana tidak berjaya mendidik bangsa dengan ilmu akidah, nah sekarang terimalah padahnya senjata makan tuan

kalimah Allah tidak perlu dijadikan isu..!!

Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.

Selanjutnya, kamiberpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:

“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).

Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
05 Januari 2010

Friday, January 1, 2010

MaRi BoNgKaR RaHsiA yAhUDi..laknatullah!!

video ni bahasa inggeris..
http://www.facebook.com/profile.php?v=feed&story_fbid=172272079013&id=856629641

kalo nak yang bm,gi baca blog nih...
http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html

TIPU DAYA YAHUDI DLM MAKANAN KITA..!!

TIPU DAYA YAHUDI YANG KITA TELAH IKUTI SELAMA INI TANPA KITA SEDARI..!!

Antara BARANGAN MEREKA yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan ORGAN DALAMAN. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa KOPI tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan KAMBING adalah tak elok sebab tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. COKE tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum SOYA (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir agen dajal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.Firman Allah: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.(Al-Baqarah, 168)Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (Al-Maidah, 88)Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. (an-Nahlu, 114)

LaYaR KeiNsAfaN..(10)

Sepi benar senja ini..
Bayunya semilir menganak ombak kecil..
Jalur ufuk pula mengemas terang..
kapal dan layar terkapar..

Mengapa nantikan senja..
Barukan terdetik pulang ke pengkalan..
Gusar malam menghapiri..
Ku tewas di lautan..

Tuhan..
Layarkan ku ke arah cintaMu..
Tuntuni ku menggapai redhaMu..
Rimbunan kasihMu ku berteduh..
KepadaMu Ya Tuhan..

Berikan secebis keinsafan..
Bekalan sepanjang perjalanan..
mencari ketenangan..

Biar Kau menjadi saksi..
Tulus tangisku dini hari..
kesempatan yang hanya sebentar..
Moga keikhlasanku terlakar..

Berikanlah ku hidayah..
agar dikuatkan iman yang lemah..
moga diberkati hidup ini..
menuju bahagia yang kekal abadi..

PadaMu Tuhan..
Kan ku serahkan cinta kepadaMu..

Harapanku moga dikurniakan..
manisnya iman berpanjangan..
moga lautan hilang gelora..
untukku berlayar....

DuGaAn KaSiH..(9)

Wahai teman..
usah kenangkan kisah cintamu yang amat memilukan..
ditinggalkan kekasih hati..
impian hidup tiada erti lagi..

pilu,kecewa,hampa dan duka..
derita seakan tiada hujungnya..
arah hidupmu tidak menentu..
tiada insan dapat membantu..

Bukankah ini suatu dugaan..
dari Tuhan yang Pengasih Penyayang..
kita sekadar dapat merencana..
hanya Dialah yang menentukannya..

Titis air mata jangan dipersia..
curahkan hanya kepada yang Esa..
semoga hidup kan lebih sempurna..
sinar bahagia pasti menjelma..

Suburkanlah iman di hati..
selalu menginsafi diri sendiri..
tiap ujian pembuka jalan..
untuk kembali kepada Tuhan....