Monday, August 9, 2010

cinta Allah vs cinta manusia..(sajak Aminah Qutb)


Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

Tak semestinya manusia cinta kepada kita.

Tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

kita akan cemburu kepada orang

yang mencintai orang yang kita cintai.

Tetapi sekiranya,

kita cinta kepada ALlah,

kita akan turut mencintai orang yang

melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,

andainya ia adalah jodoh

yang ditetapkan olehMu kepadaku,

Maka,

campakkanlah ke dalam hatiku,

cintaku kepadanya adalah keranaMu,

dan campakkanlah ke dalah hantinya,

cintanya kepadaku adalah kleranaMu.

Namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku,

berikanlah aku kekuatan agar pasrah,

dalam mengharungi ujian,

yang Kau berikan padaku.


p/s : Aminah Qutb adalah adik perempuan tokoh terkenal, Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya..masha Allah..

Sunday, August 8, 2010

10 steps MUDAH membantu saudara di Gaza..=)


Allah tidak melihat pada hasil, tapi menghitung usaha kita,insha alalh.. Untuk mengelakkan kita dituntut oleh saudara di Gaza di akhirat kelak, beberapa solusi ini telah dicadangkan..MUDAH & PRAKTIKAL,insha allah..


1. Ikuti berita yg berlaku di Gaza seperti jumlah mereka yg syahid, cedera & kerosakan yg berlaku.


2. Muat turun gambar2 kekejaman Zionis dan sebarkan seluas2nya melalui emel,telefon, print dan sebagainya.


3. Ikuti kejayaan2 ajaib yg dicapai oleh hero-hero di Gaza dgn bantuan allah setiap hari., seperti berapa org askar Yahudi yg dapat ditewaskan dan berapa buah kereta kebal yg dapat ditumbangkan.


4. Telefon pejuang2 di Gaza, beritahu mereka kamu drpd mana, & kongsi perasaan kamu, sokongan kamu, simpati kamu, & keyakinan kamu bahawa mereka akan menang atau dimuliakan dgn syahid. Boleh hubungi nombor ini 0097008285xxxx. Tukarkan xxxx dengan sebarang nombor.


5. Letakkan gambar2 Palestin di bilik, kereta, laptop, komputer..supaya anda tidak akal=n lupa dgn mengingati saudara2 di Gaza. Barangkali ingatan itu sudah dikira allah,wallahualam


6. Sertai aktiviti2 tentang Palestin seperti ceramah, kutipan derma, konsert dan demonstrasi


7. Anjurkan aktiviti2 kesedaran Palestin untuk jiran2, mahallah, surau seperti qiamullail dan solat hajat.


8. Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan2. jadikan ia isu pertama yg kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang.


9. Boikot! Boikot! Boikot! Barangan Israel dan Amerika.. jika x mampu semua, cukup sekadar yg kita punya alternatif.. barang2 mudah seperti ubat gigi HPA, syampu, kordial, kopi, sabun, madu,kismis dan lain2..


10. Ingat Palestin dalam doa dan solat


11. Bacakan Qunut Nazilah untuk Israel.

Saturday, August 7, 2010

KEMATIAN muhasabah terbesar..

Kematian Allahyarhamah Liya Nordin yg selamat kembali ke pangkuan Ilahi pada 7ptg, Khamis,5 Ogos 2010 cukup menginsafkan seluruh warga kolej..Rakan2 arwah Liya yang menuntut A-Level Accounting pasti sangat tidak menyangka sahabat mereka ini akan dijemput terlebih dahulu..Alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan kelmarin selepas solat Jumaat..
Apa yg terlintas dalam fikiranku pertama kali mendapat tahu berita kematian arwah adalah jihad yang sedang arwah lakukan..Arwah sedang dalam proses jihad terhadap diri sendiri..Hari2 dan bulan2 akhir beliau banyak sekali diluangkan dengan usrah dan solat jemaah bersama muslimat2 di kolej..Alhamdulillahirabbulalamin..Apakah pengakhiran kita juga nanti dalam islam?dan yg paling penting,adakah kita masih dalam iman?wallahualam..mari kita sama2 berdoa dikurniakan HUSNUL KHOTIMAH,amin..
apa yg sy dapat pelajari adalah pabila ketukan2 hidayah dari Allah datang pada kita,jangan kita tangguh2kan lagi kerana kita tidak tahu bila saat terakhir kita diizinkan bernafas di dunia yang sementara ini..
Arwah meninggal dalam keadaan berwuduk untuk menunaikan solat asar sebaik sahaja azan asar..tetapi disebabkan tidak berdaya untuk berdiri lagi, arwah berbaring sebentar dan beberapa minit kemudian,seluruh tubuh arwah mengalami kekejangan..Arwah dibawa ke Hospital Tunku Jaafar dan cubaan doktor untuk menyedarkan arwah menemui kegagalan pabila akhirnya arwah menghembuskan nafas yang terakhir jam 7ptg..Kematian arwah mengajar saya untuk tidak sesekali melengahkan solat fardu.. Pabila saya leka dan lalai,cepat2 saya teringat arwah Liya,dan dengan segera saya bangun untuk mengerjakan solat..khuatir kiranya saya menangguh solat, Allah mencabut nyawa saya pada waktu itu,nauzubillahiminzalik....
Memetik kata2 ulama : "ORANG YG BIJAK TIDAK AKAN MENGGADAIKAN KEHIDUPAN YG KEKAL(AKHIRAT) UNTUK KEHIDUPAN YG SEMENTARA(DUNIA)..."
Selepas post moterm dilakukan, pakar mendapati virus telah menyerang jantung arwah..Dikhabarkan, arwah menghidap demam tetapi tidaklah terlalu penas..hanya demam2 biasa..Begitulah perancangan arwah,cukup teliti sekali..Virus yg sangat kecil pun kita tidak mampu lawan pabila ia menjadi asbab sesebuah kematian..
Juga,kematian Zulkhairi Azmi(juga pelajar Batch ana di Pasum) yang jatuh dari bangunan asrama di PASUM membuktikan bahawa pabila ajal sudah menjemput, 'terjatuh dr bangunan' itu hanyalah sebagai ASBAB KEMATIAN..subhanallah,betapa berkuasanya Allah..
Teringat juga kematian seorang sahabiah KMB,Jannah..Arwah pula menemui ajal ketika sedang bermain go-cart di Langkawi bersama2 rakan sekelas beliau..Tudung yang dipakainya tersepit di roda dan menjerut leher arwah..innalillahiwainnailaihirajiun....Semua ini hanyalah asbab yg mana ajal itu sudah ditentukn dan pasti akan menjemput,tanpa diawal atau dilewatkan walau sesaat..
sama2 kita mengambil pengajaran dan memuhasabah diri kita..moga iman kita terus subur dan sihat,insha allah..
wassalam