Showing posts with label life is short... Show all posts
Showing posts with label life is short... Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


*rasa sayu sgt dengar lagu ni.tiba2 rasa takut untuk melangkah ke alam yg lain..sebelum ni mcm dh bersedia..tp.....bila waktu kian menghampiri,rasa takut pulak..takut x mampu pikul tgugjwb yg makin berat..ya Allah,beri daku kekuatan..kekuatan menimba kefahaman sebelum melangkah ke alam yg satu itu..kekuatan memelihara diri dari fitnah dunia..kekuatan mempertahankan kesucian dakwah..sungguh apa yg bakal dilakukan bakal mengundang fitnah bukan hanya pd diri & keluarga,tp pd dakwah itu sendiri..ya Allah,aku hamba yg lemah..bimbing dan iringkan kekuatan padaku..hanya Kau pemilik segala kekuatan & hanya pada Engkaulah aku memohon setiap inci kekuatan..jasadi & ruhi....Ya Allah,Tuhan yg berkuasa atas hati2 manusia..yg berkuasa membolak-balikkan hati ini..jangan Kau palingkan hatiku setelah Kau beri petunjuk padaku..

1 pesanan buat si dia: pinanglah daku kerana dakwah~

Sunday, October 17, 2010

sy sayangkan awk..=)

kita sedar berukhwah dlm Islam sgt dituntut..tapi pernahkah kita terfikir,kenapa kita perlu berukhwah??

1st time diajukan soalan ni, sy mcm blur2 sket..hehe
tp,alhamdulillah setelah sejenak berfikir,sy ketemu jwpn dgn ilham yg dikurniakan Allah melalui beberapa shbt..
skrg,baru sy sedar,kita perlu berukhwah kerana ukhwah sgt2 dituntut oleh Allah..sgala jwpn trkandung dlm ayat cinta dariNya..Allah dah nyatakan dlm surah al-Hujurat ayat 13 :

"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan(beramah mesra antara satu dgn lainnya). Sesungguhnya semulia2 kamu di sisi Allah ialah org yg lebih bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuannya."

dan juga...dgn berukhwah keranaNya,akan membuatkan kita lebih mensyukuri nikmat yg Dia kurniakan..
kenapa perlu bersyukur??sebab itu pun perintah dari Allah,kan=)

sy ada satu anologi yg dipetik drpd seorang shbt semasa perbincangan semalam..
nikmat Allah ibarat hadiah dari seseorang kpd kita..bila kita dapat hadiah,pasti kita akan rasa gembira sgt,kan??
walaupun x mahal & kita sendiri mampu beli..kita mesti berterim kasih dgn si pemberi hadiah..
n of coz,untk menunjukkan kita mghargai hadiah yg dia bagi,kita akan jaga hadiah tu molek2,n kalo kita x jaga elok2,mesti si pemberi hadiah akan kecik hati,kan??

so,sama la mcm nikmat yg Allah berikan kat kita..kita mestila rasa berterima kasih sgt dekat Allah..
plus, nikmat yg Allah berikan bukanlah sesuatu yg kita mampu beli..kita x mampu beli nikmat iman,kita x mampu beli mata untk melihat,mulut untuk berleter & hati untuk menangis@bergembira..
so, lagi2lah kita perlu brsyukur,kan??hurm,cmana pulak kita nk zahirkan ksyukuran kita pd Allah?

kalo org bg hadiah,kita cakap :

"trima kasih,syg awk!!"

"tahun depan jgn lupa bagi lagi yer!!"

"subhanallah,terharunya sy.."

so,dgn Allah kita nak ckap cmana plak yer??huhu
terpulanglah pd masing2,tp yg pasti kita kena guna nikmat yg Allah beri sebaik2nya..

contohnya nikmat iman,nikmat plg besar yg kita ada,tp sedikit sekali yg brsyukur..
kita selalu terleka & terlupa ntk mghargai nikmat iman yg kita ada..

kita lupa ntk fikir,cmana kalo nikmat iman tu Allah tarik drpd kita??
adakah kita akan masih berada brsama2 akhawat mcm hari ini??
adakah kita masih punya teman untk sntiasa mngingatkan kita akan kebsaran Allah??
adakah kita masih punya kawan yg sama2 brsolat jemaah??
adakah kita masih berkesempatan punya teman untk sama2 mentadabbur alQuran??

x mungkin..kita x mungkin masih bersama2 akhawat,teman,sahabat dan rakan yg mendekatkan kita pd Allah andai nikmat iman direnggut dr hati kita.....
so,hargailah nikmat iman itu dgn sentiasa memelihara dan meningkatnya dr sehari ke sehari,dr seminit ke minit berikutnya & dr sesaat ke saat yg berikutnya,insha Allah..

& juga menghargai setiap insan yg berada di sekeliling kita..
alhamdulillah=) x dapat nk gmbar prasaan setelah semalaman di PD bersama akhawat2 KMS,KMB & KTT..

rasa syukur sgt..sy sedar betapa mahalnya nilai sebuah ukhwah yg terbina semata2 keranaNya..

kami(KMS) x pernah pun walau sekali bertemu dgn akhawat2 KTT & KMB tu..
tapi..pelik...perkenalan yg hanya sekejap tu mampu membuat hati kami menjadi satu..

Bertambah2 yakin sy dgn janji Allah :

"Dialah(Allah) yg menyatukan hati org beriman, walaupunnkamu membelanjakan semua(harta kekayaan) yg ada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa Maha Bijaksana."
(Surah al anfal, ayat 63)

masa kat pantai tu,selepas subuh,sempat lagi kami menasyidkan terjemahan doa rabitah brsama2 dgn iringan desiran ombak yg memukul pantai=)

DOA RABITAH HATI
Hati ini telah bersatu,berkumpul di perut bumiMu,
Hati ini telah berpadu,bersatu memikul beban dakwahMu,
Hati ini telah mengikat setia,
untuk mendaulat,untuk mendokong,
SyariatMu di alam maya,
Maka Ya Allah,
Eratkanlah ikatan yg ada,
Maka ya Allah,
Eratkanlah ikatan yg ada,
Kekalkan kemesraan yg ada,
Tunjukkanlah jalan yg benar,
Tunjukkanlah dgn cahayaMu,
Tiada malap terangi alamMu,
Hidup suburkanlah dgn makrifatMu,
tapi jika ingin mematikanNya,
matikanlah sebagai syuhada,
Dalam perjuangan menegakkan
agama yg mulia.....
pantai yg tenang menambahkan kehangatan ukhwah antara kami..masha Allah,dgn rahmatmu yg hanya 1% Kau turunkan ke bumi ini,kami mampu brkasih syg dengannya..x trgambar rasanya 99% lagi rahmat Allah yg disimpan buat hambaNya di syurga nanti~~

Monday, August 9, 2010

cinta Allah vs cinta manusia..(sajak Aminah Qutb)


Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

Tak semestinya manusia cinta kepada kita.

Tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

kita akan cemburu kepada orang

yang mencintai orang yang kita cintai.

Tetapi sekiranya,

kita cinta kepada ALlah,

kita akan turut mencintai orang yang

melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,

andainya ia adalah jodoh

yang ditetapkan olehMu kepadaku,

Maka,

campakkanlah ke dalam hatiku,

cintaku kepadanya adalah keranaMu,

dan campakkanlah ke dalah hantinya,

cintanya kepadaku adalah kleranaMu.

Namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku,

berikanlah aku kekuatan agar pasrah,

dalam mengharungi ujian,

yang Kau berikan padaku.


p/s : Aminah Qutb adalah adik perempuan tokoh terkenal, Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya..masha Allah..

Saturday, August 7, 2010

KEMATIAN muhasabah terbesar..

Kematian Allahyarhamah Liya Nordin yg selamat kembali ke pangkuan Ilahi pada 7ptg, Khamis,5 Ogos 2010 cukup menginsafkan seluruh warga kolej..Rakan2 arwah Liya yang menuntut A-Level Accounting pasti sangat tidak menyangka sahabat mereka ini akan dijemput terlebih dahulu..Alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan kelmarin selepas solat Jumaat..
Apa yg terlintas dalam fikiranku pertama kali mendapat tahu berita kematian arwah adalah jihad yang sedang arwah lakukan..Arwah sedang dalam proses jihad terhadap diri sendiri..Hari2 dan bulan2 akhir beliau banyak sekali diluangkan dengan usrah dan solat jemaah bersama muslimat2 di kolej..Alhamdulillahirabbulalamin..Apakah pengakhiran kita juga nanti dalam islam?dan yg paling penting,adakah kita masih dalam iman?wallahualam..mari kita sama2 berdoa dikurniakan HUSNUL KHOTIMAH,amin..
apa yg sy dapat pelajari adalah pabila ketukan2 hidayah dari Allah datang pada kita,jangan kita tangguh2kan lagi kerana kita tidak tahu bila saat terakhir kita diizinkan bernafas di dunia yang sementara ini..
Arwah meninggal dalam keadaan berwuduk untuk menunaikan solat asar sebaik sahaja azan asar..tetapi disebabkan tidak berdaya untuk berdiri lagi, arwah berbaring sebentar dan beberapa minit kemudian,seluruh tubuh arwah mengalami kekejangan..Arwah dibawa ke Hospital Tunku Jaafar dan cubaan doktor untuk menyedarkan arwah menemui kegagalan pabila akhirnya arwah menghembuskan nafas yang terakhir jam 7ptg..Kematian arwah mengajar saya untuk tidak sesekali melengahkan solat fardu.. Pabila saya leka dan lalai,cepat2 saya teringat arwah Liya,dan dengan segera saya bangun untuk mengerjakan solat..khuatir kiranya saya menangguh solat, Allah mencabut nyawa saya pada waktu itu,nauzubillahiminzalik....
Memetik kata2 ulama : "ORANG YG BIJAK TIDAK AKAN MENGGADAIKAN KEHIDUPAN YG KEKAL(AKHIRAT) UNTUK KEHIDUPAN YG SEMENTARA(DUNIA)..."
Selepas post moterm dilakukan, pakar mendapati virus telah menyerang jantung arwah..Dikhabarkan, arwah menghidap demam tetapi tidaklah terlalu penas..hanya demam2 biasa..Begitulah perancangan arwah,cukup teliti sekali..Virus yg sangat kecil pun kita tidak mampu lawan pabila ia menjadi asbab sesebuah kematian..
Juga,kematian Zulkhairi Azmi(juga pelajar Batch ana di Pasum) yang jatuh dari bangunan asrama di PASUM membuktikan bahawa pabila ajal sudah menjemput, 'terjatuh dr bangunan' itu hanyalah sebagai ASBAB KEMATIAN..subhanallah,betapa berkuasanya Allah..
Teringat juga kematian seorang sahabiah KMB,Jannah..Arwah pula menemui ajal ketika sedang bermain go-cart di Langkawi bersama2 rakan sekelas beliau..Tudung yang dipakainya tersepit di roda dan menjerut leher arwah..innalillahiwainnailaihirajiun....Semua ini hanyalah asbab yg mana ajal itu sudah ditentukn dan pasti akan menjemput,tanpa diawal atau dilewatkan walau sesaat..
sama2 kita mengambil pengajaran dan memuhasabah diri kita..moga iman kita terus subur dan sihat,insha allah..
wassalam

Friday, June 4, 2010

dakwah kepada famili..??

dakwah kepada famili..??mampu ker aku ni..??ya Allah,bantulah hambaMu ini..permudahkan jalanku ya Allah..
hurm,first hari tu aku terdetik nak bimbing adik(12thn)..sebab melihatkan pengaruh rakan sebaya yg makin menjadi2 skang ni..dulu rasa ok sket sebab dia sekolah agama rakyat..tp skang ni,dia pindah skul kat taman,tgh2 bandar,bergaul dgn kawan2 yang couple sana,couple sini,artis sana,artis sini,mashaAllah...i need to do samting!!
hurm,cmana erk nak dakwah kat adik..??kalo nak cakap pasal islam bla3...mesti susah kan..apa la budak kecik ni faham..huhu
dalam kebingungan ni,alhamdulillah satu hari terjawab jugak..satu petang dalam seminggu yg lepas,ada 'jaulah' kat taman tasik seremban..ramai btol saudara2 dari negeri2 lain yg datang,alhamdulillah..then,jumpa la sorang akak ni,tanya la.."akak,cemana eh saya nak dakwah kat adik sy??" akak pon jawab,"awak kena buat baik dgn adik awak,cuba rapati dia,layan dia dgn lembut....then bila dia dah rapat dengan awak,barulah hati dia akan tersentuh bila awak bercakap dgn dia..." hurm,terpukul aku sejenak..teringatkan komunikasi aku dgn adik..hurm,aku yg perlu ubah keadaan ni..selalu kalo dgn adik,macam anjing dgn kucing(hehe,paham2 jer la)
i need to change first before i could change others...hurm,so hari jumaat nak balik umah,berkesempatan gi shoping jap kat seremban parade..aku pon beli sepasang baju kurung,2 helai tudung untuk adik(sedih melihatkan tudung yg dipakai adik selama ni)..ingat nak belikan baju muslimah untuk adik,tp x da rezeki lagi..inshaAllah next time~~ so,hopefully adik suka dgn pemberian yg x seberapa ni..
then,tadi pagi timbul pulak satu benda..bangun2 pagi,aku dgr dekat family area(ruang tamu bahagian atas umah) ada orang pasang lagu akhil hayy..pasang kuat2 plak tuh...adoi,bingit betol pagi2 ni..then,xper la,diam jer..as long as it is nasyid....hurm,then jumpa mama..mama cakap mama masak nasi lemuni(yahoo,my favourite!!) mama cakap.....................

"kak cik,kak cik kena tolong mama......" aik,tolong aper pulak?? mama ckap.."rahsia............."hehe hurm,faham2...."

then,teringat la lagu maher zein yg menjadi kegilaan kat kolej..hah,gud idea!! lagu maher zein memang bes,lirik dia sgt2 menyentuh...
aku pun cari n mintak adik download lagu maher zein...alhamdulillah...

ai,cik adriana farzleen ni x bangun2 lagi(penat mak teh tunggu ni)....first time jumpa adriana,x sabar nak main dgn dia...adriana baru usia sebulan,anak menakan sulungku!!!!!!!!!!!
k,berundur dulu~~ nak kacau adriana..huhu
wassalam~~

subhanallah,nikmatnya~~

salam muhibbah~~

dah penat struggle 4 de exam n most important thing is..struggle 4 jihad....
Alhamdulillah setelah flight delay beberapa kali,akhirnya selamat juga sampai umah lebih kurang 12 malam..terkejut jugak tgk air kat taman naik..hurm,pelik..seingat aku,x pernah pon jadik camni..(ker aku yg x pernah amek taw pasal jiran??masha Allah)

bila sampai umah,alhamdulillah umah x neik air sebab umah tinggi sket..hurm,timbul satu rasa syukur tapi sayu mengenangkan umah jiran2 lain yg dinaiki air(paras separuh betis jer)..bila kuar kereta abg,bau hanyir cam air laut..aik,air laut melimpah??masha Allah..

nikmat yg x tergambar dgn perkataan..setelah 6 bulan x jejakkan kaki ke rumah tersayang..huhu hari tuh cuti bulan 3 x sempat balik..(gi pusing2 europe..hehe) so,nikmat yg Allah bagi ni,insha Allah nak manfaatkan sebaik mungkin..nak timba ilmu sebanyak mungkin(syukran kpd senpai yg bagi video2 yg sgt9 menarik,alhamdulillah).muhasabah sejenak,bnyak lagi ilmu agama yg aku blom tahu..betapa luasnya ilmu Allah..hanya setitis dari air laut,mungkin....plus,inshaAllah nak siapkan extended esei,world literature,math internal assesment bla3....................(keja dunia yg x pernah habis)

hurm..k,jap nak makan,mama dh bising..huhu
salam