Friday, June 4, 2010
dakwah kepada famili..??
hurm,first hari tu aku terdetik nak bimbing adik(12thn)..sebab melihatkan pengaruh rakan sebaya yg makin menjadi2 skang ni..dulu rasa ok sket sebab dia sekolah agama rakyat..tp skang ni,dia pindah skul kat taman,tgh2 bandar,bergaul dgn kawan2 yang couple sana,couple sini,artis sana,artis sini,mashaAllah...i need to do samting!!
hurm,cmana erk nak dakwah kat adik..??kalo nak cakap pasal islam bla3...mesti susah kan..apa la budak kecik ni faham..huhu
dalam kebingungan ni,alhamdulillah satu hari terjawab jugak..satu petang dalam seminggu yg lepas,ada 'jaulah' kat taman tasik seremban..ramai btol saudara2 dari negeri2 lain yg datang,alhamdulillah..then,jumpa la sorang akak ni,tanya la.."akak,cemana eh saya nak dakwah kat adik sy??" akak pon jawab,"awak kena buat baik dgn adik awak,cuba rapati dia,layan dia dgn lembut....then bila dia dah rapat dengan awak,barulah hati dia akan tersentuh bila awak bercakap dgn dia..." hurm,terpukul aku sejenak..teringatkan komunikasi aku dgn adik..hurm,aku yg perlu ubah keadaan ni..selalu kalo dgn adik,macam anjing dgn kucing(hehe,paham2 jer la)
i need to change first before i could change others...hurm,so hari jumaat nak balik umah,berkesempatan gi shoping jap kat seremban parade..aku pon beli sepasang baju kurung,2 helai tudung untuk adik(sedih melihatkan tudung yg dipakai adik selama ni)..ingat nak belikan baju muslimah untuk adik,tp x da rezeki lagi..inshaAllah next time~~ so,hopefully adik suka dgn pemberian yg x seberapa ni..
then,tadi pagi timbul pulak satu benda..bangun2 pagi,aku dgr dekat family area(ruang tamu bahagian atas umah) ada orang pasang lagu akhil hayy..pasang kuat2 plak tuh...adoi,bingit betol pagi2 ni..then,xper la,diam jer..as long as it is nasyid....hurm,then jumpa mama..mama cakap mama masak nasi lemuni(yahoo,my favourite!!) mama cakap.....................
"kak cik,kak cik kena tolong mama......" aik,tolong aper pulak?? mama ckap.."rahsia............."hehe hurm,faham2...."
then,teringat la lagu maher zein yg menjadi kegilaan kat kolej..hah,gud idea!! lagu maher zein memang bes,lirik dia sgt2 menyentuh...
aku pun cari n mintak adik download lagu maher zein...alhamdulillah...
ai,cik adriana farzleen ni x bangun2 lagi(penat mak teh tunggu ni)....first time jumpa adriana,x sabar nak main dgn dia...adriana baru usia sebulan,anak menakan sulungku!!!!!!!!!!!
k,berundur dulu~~ nak kacau adriana..huhu
wassalam~~
subhanallah,nikmatnya~~
dah penat struggle 4 de exam n most important thing is..struggle 4 jihad....
Alhamdulillah setelah flight delay beberapa kali,akhirnya selamat juga sampai umah lebih kurang 12 malam..terkejut jugak tgk air kat taman naik..hurm,pelik..seingat aku,x pernah pon jadik camni..(ker aku yg x pernah amek taw pasal jiran??masha Allah)
bila sampai umah,alhamdulillah umah x neik air sebab umah tinggi sket..hurm,timbul satu rasa syukur tapi sayu mengenangkan umah jiran2 lain yg dinaiki air(paras separuh betis jer)..bila kuar kereta abg,bau hanyir cam air laut..aik,air laut melimpah??masha Allah..
nikmat yg x tergambar dgn perkataan..setelah 6 bulan x jejakkan kaki ke rumah tersayang..huhu hari tuh cuti bulan 3 x sempat balik..(gi pusing2 europe..hehe) so,nikmat yg Allah bagi ni,insha Allah nak manfaatkan sebaik mungkin..nak timba ilmu sebanyak mungkin(syukran kpd senpai yg bagi video2 yg sgt9 menarik,alhamdulillah).muhasabah sejenak,bnyak lagi ilmu agama yg aku blom tahu..betapa luasnya ilmu Allah..hanya setitis dari air laut,mungkin....plus,inshaAllah nak siapkan extended esei,world literature,math internal assesment bla3....................(keja dunia yg x pernah habis)
hurm..k,jap nak makan,mama dh bising..huhu
salam
Wednesday, June 2, 2010
ya Allah,rindunya......
rasa nak saja pergi skarang jumpa si 'dia'..............ya Allah,rindu sgt..!! sebelum ni, x pernah rasa camni;( even skang tgh exam pon susah sgt nak fokus..hurm....rasa cam si 'dia' dekat sgt,mcm saudara rapat sgt walhal x pernah jumpa pun..
ya Allah,rindunya aku pada si 'dia' dan si 'dia',relawan Malaysia yg menyertai konvoi ke Palestin..Bila dgr ja ada relawan Malaysia yg join,hati ni rasa gembira sgt9..n of course rasa cemburu sgt..huhu ya Allah,selamatkan mereka..jika syahid milik mereka,alhamdulillah..masih ingat lagi kata2 seorang senpai, 'org islam ni kalo perang xkan pernah kalah..samada menang atau syahid(kemenangan terbesar)..
inshaAllah balik umah cuti sem ni nak manfaatkan sepenuhnya..nak ajak adik gi berlatih menembak dekat Pacific(Penang Mall)..walaupun blajar secara x rasmi,at least nak belajar jugak..sebak tengok video kat utube,budak perempuan kecil lagi seusia 6 tahun dah belajar meembak guna senapang..hurm,ana ni dah 19 pon x pandai pegang senapang lagi..bukan kata senapang,anak panah pon x pernah pegang...skang dah jadi camni,barulah nampak hikmah kenapa Nabi tuntut sgt belajar memanah(instead of berenang and menunggang kuda)..berenang pon x laju lagi..
hurm..ya Allah,serulah aku berjihad di jalanMu,xkan ku gentar lagi,amin....
apa lah gna ana belajar n belajar,sehinggakan ummat yg menderita seolah x dihiraukan..
pernah hari tu,rasa tertekan sgt x tawu apa yg boleh dibuat untuk saudara2 di Palestin..alhamdulillah,terbaca satu komen sahibah dekat YM..katanya,berjihad tinggalkan dosa2 yg kita lakukan sekarang,supaya Allah makbulkan doa kita buat saudara2 kita di Palestin..
teringat juga pernah dengar satu ceramah seorang ulama Indon(masa gi dgn sahabat2 kolej),kata beliau kita perlu perbanyakkan solat sunat taubat,bukannya solat sunat hajat..kerana pabila dosa kita Allah ampunkan,baharulah doa kita mudah dimakbul Allah..inshaAllah....
hurm..menyedari hakikat bahawa kita sangat perlukan ISLAM..bukannya ISLAM yg perlukan kita..islam akan tetap bangkit walaupun kita tiada kerana itu janji Allah yg pasti..tapi,apakah kita bersama2 islam semasa islam bangkit??tepuk dada tanya iman....
k,nak sambung study,sok paper chem.. salam jihad;)
Saturday, January 30, 2010
ketika akal dan dalil syar'ie bertentangan....
Ketika Akal dan Dalil Syar’i Bertentangan
Jika kita sudah mengetahui bahawa akal tidaklah boleh berfungsi kecuali dengan adanya penerang daripada Al Qur’an dan As Sunnah, maka tentu saja akal yang benar tidaklah mungkin bertentangan dengan dalil syar’i. Jika bertentangan, maka akal yang patut dipersoalkan dan dalil syar’i lah yang patut dimenangkan. Kami dapat memberikan penerangan tentang akal dan dalil syar’i sebagai berikut.
Ada orang awam ingin bertanya suatu hal kepada seorang ulama. Akhirnya dia dibantu oleh Ahmad. Ahmad pun menunjukkan orang awam tadi pada ulama tersebut. Dalam suatu masalah, Ahmad menyelisihi pendapat ulama tadi. Lalu Ahmad mengatakan pada orang awam tadi, “Aku yang telah membawa engkau kepada ulama tersebut, semestinya engkau mengambil pendapatku bukan pendapat ulama tadi.” Tentu saja orang awam tadi akan mengatakan, “Engkau memang yang telah mmbawakan aku kepada ulama tadi. Engkau menyuruhku untuk mengikuti ulama tadi, namun bukan untuk mengikuti pendapatmu. Jika aku mengikuti petunjukmu bahawa ulama tadi adalah tempat untuk bertanya, hal ini bukan bererti aku mesti mengikuti engkau dalam setiap yang engkau katakan. Jika engkau keliru dan menyelisihi ulama tadi padahal dia lebih berilmu darimu, maka kekeliruanmu pada saat ini tidaklah membuat cacat tentang keilmuanmu bahawa dia adalah ulama.”
Ini adalah permisalan dengan seorang ulama yang mungkin saja salah. Lalu bagaimanakah jika pada posisi ulama tersebut adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang tidak mungkin keliru di dalam penyampaian berita daripada Allah?
Daripada penerangan ini, akal dimisalkan dengan si Ahmad yang menjadi petunjuk kepada ulama tadi. Sedangkan ulama tersebut adalah analogi kepada dalil syar’i. Inilah sikap yang mesti kita miliki tatkala kita menemui bahawa akal ternyata bertentangan dengan dalil syar’i. Sikap yang benar ketika itu adalah seseorang mendahulukan dalil syar’i daripada logik. Sebagaimana kita mendahulukan ulama tadi dari si Ahmad sebagai petunjuk jalan. Jika dalil syar’i bertentangan dengan akal, maka dalil lah yang mesti didahulukan. Namun hal ini tidak membuat akal itu cacat kerana dia telah menunjukkan kepada dalil syar’i.
Inilah yang diakini oleh Ahlus Sunnah wal Jama’ah, iaitu jika akal bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah, maka dalil syar’i lebih mesti kita dahulukan daripada akal.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan:
“Jika seseorang mengetahui dengan akalnya bahawa ini adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian ada berita dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, namun ternyata berita tersebut menyelisihi akal. Pada saat ini, akal mesti pasrah dan patuh. Akal mesti menyelesaikan perselisihan ini dengan menyerahkan kepada orang yang lebih tahu daripadanya iaitu daripada berita Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Pada saat ini, akal tidaklah boleh mendahulukan hasil pemikirannya daripada berita Rasul. Ini kerana sebagaimana diketahui bahawa akal manusia itu memiliki kekurangan dibandingkan dengan berita Rasul. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentu saja lebih mengerti mengenai Allah Ta’ala, nama dan sifat-sifat-Nya, serta lebih mengetahui tenttang berita hari akhir daripada akal.” (Dar-ut Ta’arudh, 1/80)
Friday, January 29, 2010
pendapat nik aziz berhubung penggunaan kalimah Allah..
KOTA BARU, Jan 6 — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan polemik membabitkan penyokong parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak Khamis lalu berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" bagaikan adanya muslihat di sebalik tindakan mereka.
Sehubungan itu kata beliau, kekeliruan yang wujud berhubung isu tersebut sebenarnya berpunca daripada fahaman "politik suku agama suku."
“Sehari dua ini timbul pasal kalimah ‘Allah’, Kristian boleh guna atau tidak. Dalam surat khabar bermacam-macam melaporkan mengenainya. Apa benda ni?
“Ambo (saya) rasa isu ini bukan sahaja setakat ada udang di sebalik batu, bahkan bekali (mungkin) ada buaya,” kata beliau sewaktu menyampaikan ceramah umumnya di Medan Ilmu malam tadi.
Kini tercetus kontroversi penggunaan kalimah "Allah" ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaannya dalam penerbitan akhbar mingguan Herald.
Menteri Besar Kelantan ini berkata beliau hairan kumpulan yang mengkritik penggunaan kalimah “Allah” daripada digunakan oleh agama lain adalah dari kumpulan yang selama ini membezakan politik suku agama suku.
“Yang beriya-iya sangat panaskan perkara ini... faham ke kamu apa itu Allah?
"Bukankah Allah itu adalah tukang yang buat segala-gala. Buat manusia, berbagai kaum berbagai bangsa, berbagai agama. Buat oksigen, hidrogen dan lain-lain.
“Orang yang perbesar-besarkan isu ini adalah orang yang duk katakan agama suku politik suku lah.
"Siapa ajar ilmu semacam ini? Dia ajar orang lain tak boleh guna kalimah ‘Allah’ tapi dalam masa sama dia sebut agama suku politik suku. Tak faham pengertian kalimah Allah agaknya,” ujarnya.
Ahad lalu Nik Aziz membuat kenyataan penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald mengikut pengamal agama samawi tidak menjadi kesalahan.
Namun apa yang membimbangkan masyarakat ialah jika kalimah ini disalahgunakan.
Kelmarin PAS mengeluarkan pendirian rasminya dengan menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dibenarkan untuk digunakan agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Bagaimanapun,Pas menegaskan penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian negara.
Allah sudah terlebih dahulu menerangkan pada kita..
Ahlan Wa Sahlan
Maksud firman Allah di atas golongan Yahudi dan Nasrani sudah tahu siapa Tuhan mereka, iaitu ALLAH dan dua bangsa ini sudah ujud dan bertuhankan ALLAH dan ketika mana orang melayu atau orang-orang di rumpun melayu pada ketika itu masih bercawat dan tidak faham tentang Tuhan itu adalah ALLAH
Hari ini orang melayu cuba nak tahan orang lain gunakan perkataan ALLAH kerana takut mereka mempengaruhi orang melayu masuk agama kristian, siapa orang melayu nak tahan orang lain gunakan perkataan ALLAH ? Sedangkan ALLAH sendiri menyatakan bahawa orang Yahudi dan Nasrani itu telah mengenal tuhan mereka bernama ALLAH sebab itu ALLAH menyatakan bahawa merka mengatakan 'Uzair itu anak ALLAH dan ISA itu anak ALLAH
Sebenarnya UMNO atau orang melayu nak tutup kejahilan mereka kerana tidak berjaya mendidik bangsa dengan ilmu akidah, nah sekarang terimalah padahnya senjata makan tuan