Tuesday, July 19, 2011

Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


*rasa sayu sgt dengar lagu ni.tiba2 rasa takut untuk melangkah ke alam yg lain..sebelum ni mcm dh bersedia..tp.....bila waktu kian menghampiri,rasa takut pulak..takut x mampu pikul tgugjwb yg makin berat..ya Allah,beri daku kekuatan..kekuatan menimba kefahaman sebelum melangkah ke alam yg satu itu..kekuatan memelihara diri dari fitnah dunia..kekuatan mempertahankan kesucian dakwah..sungguh apa yg bakal dilakukan bakal mengundang fitnah bukan hanya pd diri & keluarga,tp pd dakwah itu sendiri..ya Allah,aku hamba yg lemah..bimbing dan iringkan kekuatan padaku..hanya Kau pemilik segala kekuatan & hanya pada Engkaulah aku memohon setiap inci kekuatan..jasadi & ruhi....Ya Allah,Tuhan yg berkuasa atas hati2 manusia..yg berkuasa membolak-balikkan hati ini..jangan Kau palingkan hatiku setelah Kau beri petunjuk padaku..

1 pesanan buat si dia: pinanglah daku kerana dakwah~

Sunday, October 17, 2010

sy sayangkan awk..=)

kita sedar berukhwah dlm Islam sgt dituntut..tapi pernahkah kita terfikir,kenapa kita perlu berukhwah??

1st time diajukan soalan ni, sy mcm blur2 sket..hehe
tp,alhamdulillah setelah sejenak berfikir,sy ketemu jwpn dgn ilham yg dikurniakan Allah melalui beberapa shbt..
skrg,baru sy sedar,kita perlu berukhwah kerana ukhwah sgt2 dituntut oleh Allah..sgala jwpn trkandung dlm ayat cinta dariNya..Allah dah nyatakan dlm surah al-Hujurat ayat 13 :

"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan(beramah mesra antara satu dgn lainnya). Sesungguhnya semulia2 kamu di sisi Allah ialah org yg lebih bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuannya."

dan juga...dgn berukhwah keranaNya,akan membuatkan kita lebih mensyukuri nikmat yg Dia kurniakan..
kenapa perlu bersyukur??sebab itu pun perintah dari Allah,kan=)

sy ada satu anologi yg dipetik drpd seorang shbt semasa perbincangan semalam..
nikmat Allah ibarat hadiah dari seseorang kpd kita..bila kita dapat hadiah,pasti kita akan rasa gembira sgt,kan??
walaupun x mahal & kita sendiri mampu beli..kita mesti berterim kasih dgn si pemberi hadiah..
n of coz,untk menunjukkan kita mghargai hadiah yg dia bagi,kita akan jaga hadiah tu molek2,n kalo kita x jaga elok2,mesti si pemberi hadiah akan kecik hati,kan??

so,sama la mcm nikmat yg Allah berikan kat kita..kita mestila rasa berterima kasih sgt dekat Allah..
plus, nikmat yg Allah berikan bukanlah sesuatu yg kita mampu beli..kita x mampu beli nikmat iman,kita x mampu beli mata untk melihat,mulut untuk berleter & hati untuk menangis@bergembira..
so, lagi2lah kita perlu brsyukur,kan??hurm,cmana pulak kita nk zahirkan ksyukuran kita pd Allah?

kalo org bg hadiah,kita cakap :

"trima kasih,syg awk!!"

"tahun depan jgn lupa bagi lagi yer!!"

"subhanallah,terharunya sy.."

so,dgn Allah kita nak ckap cmana plak yer??huhu
terpulanglah pd masing2,tp yg pasti kita kena guna nikmat yg Allah beri sebaik2nya..

contohnya nikmat iman,nikmat plg besar yg kita ada,tp sedikit sekali yg brsyukur..
kita selalu terleka & terlupa ntk mghargai nikmat iman yg kita ada..

kita lupa ntk fikir,cmana kalo nikmat iman tu Allah tarik drpd kita??
adakah kita akan masih berada brsama2 akhawat mcm hari ini??
adakah kita masih punya teman untk sntiasa mngingatkan kita akan kebsaran Allah??
adakah kita masih punya kawan yg sama2 brsolat jemaah??
adakah kita masih berkesempatan punya teman untk sama2 mentadabbur alQuran??

x mungkin..kita x mungkin masih bersama2 akhawat,teman,sahabat dan rakan yg mendekatkan kita pd Allah andai nikmat iman direnggut dr hati kita.....
so,hargailah nikmat iman itu dgn sentiasa memelihara dan meningkatnya dr sehari ke sehari,dr seminit ke minit berikutnya & dr sesaat ke saat yg berikutnya,insha Allah..

& juga menghargai setiap insan yg berada di sekeliling kita..
alhamdulillah=) x dapat nk gmbar prasaan setelah semalaman di PD bersama akhawat2 KMS,KMB & KTT..

rasa syukur sgt..sy sedar betapa mahalnya nilai sebuah ukhwah yg terbina semata2 keranaNya..

kami(KMS) x pernah pun walau sekali bertemu dgn akhawat2 KTT & KMB tu..
tapi..pelik...perkenalan yg hanya sekejap tu mampu membuat hati kami menjadi satu..

Bertambah2 yakin sy dgn janji Allah :

"Dialah(Allah) yg menyatukan hati org beriman, walaupunnkamu membelanjakan semua(harta kekayaan) yg ada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa Maha Bijaksana."
(Surah al anfal, ayat 63)

masa kat pantai tu,selepas subuh,sempat lagi kami menasyidkan terjemahan doa rabitah brsama2 dgn iringan desiran ombak yg memukul pantai=)

DOA RABITAH HATI
Hati ini telah bersatu,berkumpul di perut bumiMu,
Hati ini telah berpadu,bersatu memikul beban dakwahMu,
Hati ini telah mengikat setia,
untuk mendaulat,untuk mendokong,
SyariatMu di alam maya,
Maka Ya Allah,
Eratkanlah ikatan yg ada,
Maka ya Allah,
Eratkanlah ikatan yg ada,
Kekalkan kemesraan yg ada,
Tunjukkanlah jalan yg benar,
Tunjukkanlah dgn cahayaMu,
Tiada malap terangi alamMu,
Hidup suburkanlah dgn makrifatMu,
tapi jika ingin mematikanNya,
matikanlah sebagai syuhada,
Dalam perjuangan menegakkan
agama yg mulia.....
pantai yg tenang menambahkan kehangatan ukhwah antara kami..masha Allah,dgn rahmatmu yg hanya 1% Kau turunkan ke bumi ini,kami mampu brkasih syg dengannya..x trgambar rasanya 99% lagi rahmat Allah yg disimpan buat hambaNya di syurga nanti~~

Monday, August 9, 2010

cinta Allah vs cinta manusia..(sajak Aminah Qutb)


Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

Tak semestinya manusia cinta kepada kita.

Tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

kita akan cemburu kepada orang

yang mencintai orang yang kita cintai.

Tetapi sekiranya,

kita cinta kepada ALlah,

kita akan turut mencintai orang yang

melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,

andainya ia adalah jodoh

yang ditetapkan olehMu kepadaku,

Maka,

campakkanlah ke dalam hatiku,

cintaku kepadanya adalah keranaMu,

dan campakkanlah ke dalah hantinya,

cintanya kepadaku adalah kleranaMu.

Namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku,

berikanlah aku kekuatan agar pasrah,

dalam mengharungi ujian,

yang Kau berikan padaku.


p/s : Aminah Qutb adalah adik perempuan tokoh terkenal, Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya..masha Allah..

Sunday, August 8, 2010

10 steps MUDAH membantu saudara di Gaza..=)


Allah tidak melihat pada hasil, tapi menghitung usaha kita,insha alalh.. Untuk mengelakkan kita dituntut oleh saudara di Gaza di akhirat kelak, beberapa solusi ini telah dicadangkan..MUDAH & PRAKTIKAL,insha allah..


1. Ikuti berita yg berlaku di Gaza seperti jumlah mereka yg syahid, cedera & kerosakan yg berlaku.


2. Muat turun gambar2 kekejaman Zionis dan sebarkan seluas2nya melalui emel,telefon, print dan sebagainya.


3. Ikuti kejayaan2 ajaib yg dicapai oleh hero-hero di Gaza dgn bantuan allah setiap hari., seperti berapa org askar Yahudi yg dapat ditewaskan dan berapa buah kereta kebal yg dapat ditumbangkan.


4. Telefon pejuang2 di Gaza, beritahu mereka kamu drpd mana, & kongsi perasaan kamu, sokongan kamu, simpati kamu, & keyakinan kamu bahawa mereka akan menang atau dimuliakan dgn syahid. Boleh hubungi nombor ini 0097008285xxxx. Tukarkan xxxx dengan sebarang nombor.


5. Letakkan gambar2 Palestin di bilik, kereta, laptop, komputer..supaya anda tidak akal=n lupa dgn mengingati saudara2 di Gaza. Barangkali ingatan itu sudah dikira allah,wallahualam


6. Sertai aktiviti2 tentang Palestin seperti ceramah, kutipan derma, konsert dan demonstrasi


7. Anjurkan aktiviti2 kesedaran Palestin untuk jiran2, mahallah, surau seperti qiamullail dan solat hajat.


8. Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan2. jadikan ia isu pertama yg kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang.


9. Boikot! Boikot! Boikot! Barangan Israel dan Amerika.. jika x mampu semua, cukup sekadar yg kita punya alternatif.. barang2 mudah seperti ubat gigi HPA, syampu, kordial, kopi, sabun, madu,kismis dan lain2..


10. Ingat Palestin dalam doa dan solat


11. Bacakan Qunut Nazilah untuk Israel.

Saturday, August 7, 2010

KEMATIAN muhasabah terbesar..

Kematian Allahyarhamah Liya Nordin yg selamat kembali ke pangkuan Ilahi pada 7ptg, Khamis,5 Ogos 2010 cukup menginsafkan seluruh warga kolej..Rakan2 arwah Liya yang menuntut A-Level Accounting pasti sangat tidak menyangka sahabat mereka ini akan dijemput terlebih dahulu..Alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan kelmarin selepas solat Jumaat..
Apa yg terlintas dalam fikiranku pertama kali mendapat tahu berita kematian arwah adalah jihad yang sedang arwah lakukan..Arwah sedang dalam proses jihad terhadap diri sendiri..Hari2 dan bulan2 akhir beliau banyak sekali diluangkan dengan usrah dan solat jemaah bersama muslimat2 di kolej..Alhamdulillahirabbulalamin..Apakah pengakhiran kita juga nanti dalam islam?dan yg paling penting,adakah kita masih dalam iman?wallahualam..mari kita sama2 berdoa dikurniakan HUSNUL KHOTIMAH,amin..
apa yg sy dapat pelajari adalah pabila ketukan2 hidayah dari Allah datang pada kita,jangan kita tangguh2kan lagi kerana kita tidak tahu bila saat terakhir kita diizinkan bernafas di dunia yang sementara ini..
Arwah meninggal dalam keadaan berwuduk untuk menunaikan solat asar sebaik sahaja azan asar..tetapi disebabkan tidak berdaya untuk berdiri lagi, arwah berbaring sebentar dan beberapa minit kemudian,seluruh tubuh arwah mengalami kekejangan..Arwah dibawa ke Hospital Tunku Jaafar dan cubaan doktor untuk menyedarkan arwah menemui kegagalan pabila akhirnya arwah menghembuskan nafas yang terakhir jam 7ptg..Kematian arwah mengajar saya untuk tidak sesekali melengahkan solat fardu.. Pabila saya leka dan lalai,cepat2 saya teringat arwah Liya,dan dengan segera saya bangun untuk mengerjakan solat..khuatir kiranya saya menangguh solat, Allah mencabut nyawa saya pada waktu itu,nauzubillahiminzalik....
Memetik kata2 ulama : "ORANG YG BIJAK TIDAK AKAN MENGGADAIKAN KEHIDUPAN YG KEKAL(AKHIRAT) UNTUK KEHIDUPAN YG SEMENTARA(DUNIA)..."
Selepas post moterm dilakukan, pakar mendapati virus telah menyerang jantung arwah..Dikhabarkan, arwah menghidap demam tetapi tidaklah terlalu penas..hanya demam2 biasa..Begitulah perancangan arwah,cukup teliti sekali..Virus yg sangat kecil pun kita tidak mampu lawan pabila ia menjadi asbab sesebuah kematian..
Juga,kematian Zulkhairi Azmi(juga pelajar Batch ana di Pasum) yang jatuh dari bangunan asrama di PASUM membuktikan bahawa pabila ajal sudah menjemput, 'terjatuh dr bangunan' itu hanyalah sebagai ASBAB KEMATIAN..subhanallah,betapa berkuasanya Allah..
Teringat juga kematian seorang sahabiah KMB,Jannah..Arwah pula menemui ajal ketika sedang bermain go-cart di Langkawi bersama2 rakan sekelas beliau..Tudung yang dipakainya tersepit di roda dan menjerut leher arwah..innalillahiwainnailaihirajiun....Semua ini hanyalah asbab yg mana ajal itu sudah ditentukn dan pasti akan menjemput,tanpa diawal atau dilewatkan walau sesaat..
sama2 kita mengambil pengajaran dan memuhasabah diri kita..moga iman kita terus subur dan sihat,insha allah..
wassalam

Wednesday, June 23, 2010

isu freemason..kita sebok x kena tempat..??

salam alaik~~
pernah dgr isu iluminati??freemason??
kecoh betol bila ada yg ckap..unsur2 iluminati ni ada dekat AJL,KLCC,logo MARA dan bnyak lagi..
hurm..sedar x kita yg kita sebok dok ckap suma bnda ni..
kita kaji helah2 Yahudi laknatullah ni..tnpa kita mampu untuk berbuat apa2??
sedar x kita yg kita dh masuk perangkap mereka??
boleh dikatakan suma bnda yg ada bentuk piramid..yg ada kompas..yg ada checkers floor..yg ada mata satu..yg ada tiang bla3,sumanya dikaitkan dgn unsur freemason....
sehinggakan struktur di Mekah pon ada unsur2 ni..ai,smpai ke mekah ker unsur ni masuk??nauzubillahimin zalik..

itu la..sebenarnya suma ni helah yahudi semata2 untuk alihkan perhatian kta..(wallahualam)
kita sebok dok ckap n bincang suma isu ni..sehinggakan kita lupa tugas n peranan sebenar kita..ya x??
kalo x caya,cuba antum sumaa tgok org2 yg sebok dok ckap pasal bnda ni..diorang buat ker tugas2 dkwah??diorang dh cukup jihad ker??(kalo dah,alhamdulillah..)
n then cuba antum tgok sahabat,sahibah,ustaz2 yg sebok di jalan dakwah..diorang ni x pulak sebok sgt dok kaji benda ni..seolah2 benda ni yg terlalu penting untuk dibincangkan..hurm....btol x??
hurm..so,apa yg kita perlu buat,kita buat..apa tanggungjawab kita,kita laksanakan..
jgn plak kita ni jadi sebok x kena tempat..hehe
kalo kita nicangkan isu ni smpai tahun depan malam raya pon,kita x mungkin mampu ubah apa2..melainkan kita letak bom untuk musnahkan suma tu..tp x praktikal kan??
so,kita cuba ubah diri kita,berjihad dgn hawa nafsu,berdakwah kepada kaum kuarga n sahabat handai,inshaAllah kita mampu mengubah dunia,islam akan tertegak semula..amin....

sabda Raasulullah saw:
"seorang mujahid sejati ialah dia yang memerangi hawa nafsunya demi untuk berbakti kpda allah...
dan seorang muhajir sejati ialah dia yg meninggalkan semua larangan allah ta'ala.."
p/s: hurm..moga2 perubahan kita dihitung sbagai hijrah ke arah kebaikan dan mati kita dikira sbagai syahid dlm perjuangan..!!

Sunday, June 6, 2010

bilakah kali terakhir kita mengalirkan air mata keinsafan..??

Cuba kita lihat video di bawah..anak2 ini menangis kerana kenangkan dosa2 lalu..kita pula bagaimana..??adakah masih istiqamah atau sebaliknya..astaghfirullahal azim..
teringat sabda baginda bahawa orang yg banyak ketawa di dunia,akan banyak menangis di akhirat..org yg banyak menangis di dunia pula akan banyak ketawanya di akhirat..
teringat juga..hurm..DUNIA INI PENJARA TERINDAH BUAT ORANG2 MUKMIN..

ya Allah..
jadikan aku golongan yg banyak tangis di dunia..amin....
ya Allah..
kali terakhir aku mengalirkan air mata keinsafan.....
bila ya Allah..??
aku rindukan titisan jernih itu..
hati ini merasa sungguh tenang membiarkan titis2 jernih itu membasahi pipi ini..
ya Allah..
Kau lembutkanlah hati ini tika hambaMu ini bermunajat kepadaMu..
Kau permudahkanlah kelopak ini mengalirkan titisan suci itu..
ya Allah..
seringkali ku menangis kerana ujian yang Kau datangkan..
jarang sekali aku merasa tenang menghadapi ujianMu..
hakikatnya,aku sangat2 mendambakan ketenangan itu..
kerna aku sedar,ujian itu rahmat yg sungguh besar untuk aku mendampingiMu..
ya Allah..
aku sedar..terlalu sedikit ku bersyukur atas nikmat yang Kau kurniakan(jadikan aku golongan yang sedikit iaitu golongan yang sentiasa bersyukur padaMu)..
terlalu banyak pula ku menangisi ujian dariMu..

ya Allah..
hinanya hambaMu ini..
moga titisan2 yg mengalir keranaMu..bakal menjadi saksi yg memadamkan api neraka kelak..
inshaAllah~~