Saturday, August 7, 2010

KEMATIAN muhasabah terbesar..

Kematian Allahyarhamah Liya Nordin yg selamat kembali ke pangkuan Ilahi pada 7ptg, Khamis,5 Ogos 2010 cukup menginsafkan seluruh warga kolej..Rakan2 arwah Liya yang menuntut A-Level Accounting pasti sangat tidak menyangka sahabat mereka ini akan dijemput terlebih dahulu..Alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan kelmarin selepas solat Jumaat..
Apa yg terlintas dalam fikiranku pertama kali mendapat tahu berita kematian arwah adalah jihad yang sedang arwah lakukan..Arwah sedang dalam proses jihad terhadap diri sendiri..Hari2 dan bulan2 akhir beliau banyak sekali diluangkan dengan usrah dan solat jemaah bersama muslimat2 di kolej..Alhamdulillahirabbulalamin..Apakah pengakhiran kita juga nanti dalam islam?dan yg paling penting,adakah kita masih dalam iman?wallahualam..mari kita sama2 berdoa dikurniakan HUSNUL KHOTIMAH,amin..
apa yg sy dapat pelajari adalah pabila ketukan2 hidayah dari Allah datang pada kita,jangan kita tangguh2kan lagi kerana kita tidak tahu bila saat terakhir kita diizinkan bernafas di dunia yang sementara ini..
Arwah meninggal dalam keadaan berwuduk untuk menunaikan solat asar sebaik sahaja azan asar..tetapi disebabkan tidak berdaya untuk berdiri lagi, arwah berbaring sebentar dan beberapa minit kemudian,seluruh tubuh arwah mengalami kekejangan..Arwah dibawa ke Hospital Tunku Jaafar dan cubaan doktor untuk menyedarkan arwah menemui kegagalan pabila akhirnya arwah menghembuskan nafas yang terakhir jam 7ptg..Kematian arwah mengajar saya untuk tidak sesekali melengahkan solat fardu.. Pabila saya leka dan lalai,cepat2 saya teringat arwah Liya,dan dengan segera saya bangun untuk mengerjakan solat..khuatir kiranya saya menangguh solat, Allah mencabut nyawa saya pada waktu itu,nauzubillahiminzalik....
Memetik kata2 ulama : "ORANG YG BIJAK TIDAK AKAN MENGGADAIKAN KEHIDUPAN YG KEKAL(AKHIRAT) UNTUK KEHIDUPAN YG SEMENTARA(DUNIA)..."
Selepas post moterm dilakukan, pakar mendapati virus telah menyerang jantung arwah..Dikhabarkan, arwah menghidap demam tetapi tidaklah terlalu penas..hanya demam2 biasa..Begitulah perancangan arwah,cukup teliti sekali..Virus yg sangat kecil pun kita tidak mampu lawan pabila ia menjadi asbab sesebuah kematian..
Juga,kematian Zulkhairi Azmi(juga pelajar Batch ana di Pasum) yang jatuh dari bangunan asrama di PASUM membuktikan bahawa pabila ajal sudah menjemput, 'terjatuh dr bangunan' itu hanyalah sebagai ASBAB KEMATIAN..subhanallah,betapa berkuasanya Allah..
Teringat juga kematian seorang sahabiah KMB,Jannah..Arwah pula menemui ajal ketika sedang bermain go-cart di Langkawi bersama2 rakan sekelas beliau..Tudung yang dipakainya tersepit di roda dan menjerut leher arwah..innalillahiwainnailaihirajiun....Semua ini hanyalah asbab yg mana ajal itu sudah ditentukn dan pasti akan menjemput,tanpa diawal atau dilewatkan walau sesaat..
sama2 kita mengambil pengajaran dan memuhasabah diri kita..moga iman kita terus subur dan sihat,insha allah..
wassalam

No comments:

Post a Comment