Monday, August 9, 2010

cinta Allah vs cinta manusia..(sajak Aminah Qutb)


Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

Tak semestinya manusia cinta kepada kita.

Tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

kita akan cemburu kepada orang

yang mencintai orang yang kita cintai.

Tetapi sekiranya,

kita cinta kepada ALlah,

kita akan turut mencintai orang yang

melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,

andainya ia adalah jodoh

yang ditetapkan olehMu kepadaku,

Maka,

campakkanlah ke dalam hatiku,

cintaku kepadanya adalah keranaMu,

dan campakkanlah ke dalah hantinya,

cintanya kepadaku adalah kleranaMu.

Namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku,

berikanlah aku kekuatan agar pasrah,

dalam mengharungi ujian,

yang Kau berikan padaku.


p/s : Aminah Qutb adalah adik perempuan tokoh terkenal, Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya..masha Allah..

1 comment:

  1. assalamualaikum.. alhamdulillah, mmg blog yg memanfaatkan.. sudi la melawat blog sy...
    wardatulislam-islamisdawayoflife.blogspot.com
    ^_^ salam mujahadah..

    ReplyDelete