Friday, January 29, 2010

Allah sudah terlebih dahulu menerangkan pada kita..

Ahlan Wa Sahlan

Maka berkatalah ALLAH bahawa orang-orang Yahudi itu mengatakan : " orang Yahudi berkata bahawa 'Uzair itu anak ALLAH dan berkatalah orang Nasrani bahawa "Isa anak Maryam anak ALLAH ertinya Allah sendiri yang mengatakan bahawa orang Yahudi berkata 'Uzair anak ALLAH dan Isa anak Maryam anak ALLAH, Allah maha mengetahu bahawa dua bangsa itulah yang mengatakan demikian

Maksud firman Allah di atas golongan Yahudi dan Nasrani sudah tahu siapa Tuhan mereka, iaitu ALLAH dan dua bangsa ini sudah ujud dan bertuhankan ALLAH dan ketika mana orang melayu atau orang-orang di rumpun melayu pada ketika itu masih bercawat dan tidak faham tentang Tuhan itu adalah ALLAH

Hari ini orang melayu cuba nak tahan orang lain gunakan perkataan ALLAH kerana takut mereka mempengaruhi orang melayu masuk agama kristian, siapa orang melayu nak tahan orang lain gunakan perkataan ALLAH ? Sedangkan ALLAH sendiri menyatakan bahawa orang Yahudi dan Nasrani itu telah mengenal tuhan mereka bernama ALLAH sebab itu ALLAH menyatakan bahawa merka mengatakan 'Uzair itu anak ALLAH dan ISA itu anak ALLAH

Sebenarnya UMNO atau orang melayu nak tutup kejahilan mereka kerana tidak berjaya mendidik bangsa dengan ilmu akidah, nah sekarang terimalah padahnya senjata makan tuan

No comments:

Post a Comment