Saturday, January 30, 2010

ketika akal dan dalil syar'ie bertentangan....

Ketika Akal dan Dalil Syar’i Bertentangan

Jika kita sudah mengetahui bahawa akal tidaklah boleh berfungsi kecuali dengan adanya penerang daripada Al Qur’an dan As Sunnah, maka tentu saja akal yang benar tidaklah mungkin bertentangan dengan dalil syar’i. Jika bertentangan, maka akal yang patut dipersoalkan dan dalil syar’i lah yang patut dimenangkan. Kami dapat memberikan penerangan tentang akal dan dalil syar’i sebagai berikut.
Ada orang awam ingin bertanya suatu hal kepada seorang ulama. Akhirnya dia dibantu oleh Ahmad. Ahmad pun menunjukkan orang awam tadi pada ulama tersebut. Dalam suatu masalah, Ahmad menyelisihi pendapat ulama tadi. Lalu Ahmad mengatakan pada orang awam tadi, “
Aku yang telah membawa engkau kepada ulama tersebut, semestinya engkau mengambil pendapatku bukan pendapat ulama tadi.” Tentu saja orang awam tadi akan mengatakan, “Engkau memang yang telah mmbawakan aku kepada ulama tadi. Engkau menyuruhku untuk mengikuti ulama tadi, namun bukan untuk mengikuti pendapatmu. Jika aku mengikuti petunjukmu bahawa ulama tadi adalah tempat untuk bertanya, hal ini bukan bererti aku mesti mengikuti engkau dalam setiap yang engkau katakan. Jika engkau keliru dan menyelisihi ulama tadi padahal dia lebih berilmu darimu, maka kekeliruanmu pada saat ini tidaklah membuat cacat tentang keilmuanmu bahawa dia adalah ulama.

Ini adalah permisalan dengan seorang ulama yang mungkin saja salah. Lalu bagaimanakah jika pada posisi ulama tersebut adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang tidak mungkin keliru di dalam penyampaian berita daripada Allah?

Daripada penerangan ini, akal dimisalkan dengan si Ahmad yang menjadi petunjuk kepada ulama tadi. Sedangkan ulama tersebut adalah analogi kepada dalil syar’i. Inilah sikap yang mesti kita miliki tatkala kita menemui bahawa akal ternyata bertentangan dengan dalil syar’i. Sikap yang benar ketika itu adalah seseorang mendahulukan dalil syar’i daripada logik. Sebagaimana kita mendahulukan ulama tadi dari si Ahmad sebagai petunjuk jalan. Jika dalil syar’i bertentangan dengan akal, maka dalil lah yang mesti didahulukan. Namun hal ini tidak membuat akal itu cacat kerana dia telah menunjukkan kepada dalil syar’i.
Inilah yang diakini oleh Ahlus Sunnah wal Jama’ah, iaitu jika akal bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah, maka dalil syar’i lebih mesti kita dahulukan daripada akal.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan:
“Jika seseorang mengetahui dengan akalnya bahawa ini adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian ada berita dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, namun ternyata berita tersebut menyelisihi akal. Pada saat ini, akal mesti pasrah dan patuh. Akal mesti menyelesaikan perselisihan ini dengan menyerahkan kepada orang yang lebih tahu daripadanya iaitu daripada berita Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Pada saat ini, akal tidaklah boleh
mendahulukan hasil pemikirannya daripada berita Rasul. Ini kerana sebagaimana diketahui bahawa akal manusia itu memiliki kekurangan dibandingkan dengan berita Rasul. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentu saja lebih mengerti mengenai Allah Ta’ala, nama dan sifat-sifat-Nya, serta lebih mengetahui tenttang berita hari akhir daripada akal.” (Dar-ut Ta’arudh, 1/80)

No comments:

Post a Comment