Sunday, June 6, 2010

bilakah kali terakhir kita mengalirkan air mata keinsafan..??

Cuba kita lihat video di bawah..anak2 ini menangis kerana kenangkan dosa2 lalu..kita pula bagaimana..??adakah masih istiqamah atau sebaliknya..astaghfirullahal azim..
teringat sabda baginda bahawa orang yg banyak ketawa di dunia,akan banyak menangis di akhirat..org yg banyak menangis di dunia pula akan banyak ketawanya di akhirat..
teringat juga..hurm..DUNIA INI PENJARA TERINDAH BUAT ORANG2 MUKMIN..

ya Allah..
jadikan aku golongan yg banyak tangis di dunia..amin....
ya Allah..
kali terakhir aku mengalirkan air mata keinsafan.....
bila ya Allah..??
aku rindukan titisan jernih itu..
hati ini merasa sungguh tenang membiarkan titis2 jernih itu membasahi pipi ini..
ya Allah..
Kau lembutkanlah hati ini tika hambaMu ini bermunajat kepadaMu..
Kau permudahkanlah kelopak ini mengalirkan titisan suci itu..
ya Allah..
seringkali ku menangis kerana ujian yang Kau datangkan..
jarang sekali aku merasa tenang menghadapi ujianMu..
hakikatnya,aku sangat2 mendambakan ketenangan itu..
kerna aku sedar,ujian itu rahmat yg sungguh besar untuk aku mendampingiMu..
ya Allah..
aku sedar..terlalu sedikit ku bersyukur atas nikmat yang Kau kurniakan(jadikan aku golongan yang sedikit iaitu golongan yang sentiasa bersyukur padaMu)..
terlalu banyak pula ku menangisi ujian dariMu..

ya Allah..
hinanya hambaMu ini..
moga titisan2 yg mengalir keranaMu..bakal menjadi saksi yg memadamkan api neraka kelak..
inshaAllah~~

2 comments:

  1. hebat..,
    btw.,nk tanye.,.
    knape name ikhwan???
    adakah ikhwan 2 student uia???

    ReplyDelete
  2. salam..
    ikhwan??student uia??x kenal pown..

    ReplyDelete