Friday, January 29, 2010

pendapat nik aziz berhubung penggunaan kalimah Allah..

KOTA BARU, Jan 6 — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan polemik membabitkan penyokong parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak Khamis lalu berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" bagaikan adanya muslihat di sebalik tindakan mereka.

Sehubungan itu kata beliau, kekeliruan yang wujud berhubung isu tersebut sebenarnya berpunca daripada fahaman "politik suku agama suku."

“Sehari dua ini timbul pasal kalimah ‘Allah’, Kristian boleh guna atau tidak. Dalam surat khabar bermacam-macam melaporkan mengenainya. Apa benda ni?

“Ambo (saya) rasa isu ini bukan sahaja setakat ada udang di sebalik batu, bahkan bekali (mungkin) ada buaya,” kata beliau sewaktu menyampaikan ceramah umumnya di Medan Ilmu malam tadi.

Kini tercetus kontroversi penggunaan kalimah "Allah" ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaannya dalam penerbitan akhbar mingguan Herald.

Menteri Besar Kelantan ini berkata beliau hairan kumpulan yang mengkritik penggunaan kalimah “Allah” daripada digunakan oleh agama lain adalah dari kumpulan yang selama ini membezakan politik suku agama suku.

“Yang beriya-iya sangat panaskan perkara ini... faham ke kamu apa itu Allah?

"Bukankah Allah itu adalah tukang yang buat segala-gala. Buat manusia, berbagai kaum berbagai bangsa, berbagai agama. Buat oksigen, hidrogen dan lain-lain.

“Orang yang perbesar-besarkan isu ini adalah orang yang duk katakan agama suku politik suku lah.

"Siapa ajar ilmu semacam ini? Dia ajar orang lain tak boleh guna kalimah ‘Allah’ tapi dalam masa sama dia sebut agama suku politik suku. Tak faham pengertian kalimah Allah agaknya,” ujarnya.

Ahad lalu Nik Aziz membuat kenyataan penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald mengikut pengamal agama samawi tidak menjadi kesalahan.

Namun apa yang membimbangkan masyarakat ialah jika kalimah ini disalahgunakan.

Kelmarin PAS mengeluarkan pendirian rasminya dengan menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dibenarkan untuk digunakan agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun,Pas menegaskan penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

2 comments:

  1. Ada yg sampai mengatakan bahawa nik aziz,khalid dan hassan ali sebagai kufur kerana menyokong pgunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald..astaghfirullahal azim.....mcm ni ker ciri2 umat islam yg baik?timbulkan isu sehingga melabel ulama kufur...astaghfirullah..memang tanda2 akhir zaman sudah menjengah..kita tiada hak langsung untk melabel seseorang,..hanya Allah yg maha mengetahui..perlu ditegaskan di sini..nik aziz dll hanya menyokong pgunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald seperti yg diluluskan mahkamah,bukannya mbenarkan salah guna kalimah Allah di gereja la aper la(yg direka2 puak **** untuk menghangatkan isu ini)..kononnya merekalah pejuang islam sebenar..hai,aper nak jadi....lihat jer la,akibat diorang mghangatkan isu ini,terus timbul huru hara,kucar kacir,bakar gereja la aper la..ni yg islam x nak sbnarnya..hurm..pesanan kpd ana dan semua,perbanyakkan buat istiqarah mohon petunjuk Allah agar kita sentiasa berada di landasan yg betul,inshaAllah..
    "islam datang dgn ganjil dan berakhir dgn ganjil..maka untunglah org2 yang ganjil.."
    aku mencari yg ganjil,ya Allah tunjukkanlah daku kebenaran.....

    ReplyDelete
  2. Salam,

    yer btol3 knaper gaknyer yer dier nak lawan ulama` usih sesat dalam cahaya betul diorang nie

    ReplyDelete